Memaparkan catatan dengan label pesanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pesanan. Papar semua catatan

27 Oktober, 2010

Tanggungjawab Vs Dipertanggungjawabkan

Salam,

Apakah yang kita faham sebenarnya tentang tanggungjawab ? Tanggungjawab adalah sinonim dengan perkataan amanah, tanggungjawab adalah tugas yang dibebankan ke atas individu sesuai dengan kemampuan dan kebolehannya dalam melaksanakan tugas tersebut. Dalam istilah agama disebut sebagai taklif, iaitu dibebankan dengan tanggungjawab. Orang yang menerima bebanan dipanggil mukallaf. Tentu kita pernah dengar usia mukallaf ?Iaitu usia dimana seseorang itu dianggap boleh menerima bebanan, dan hal ini dikecualikan kepada mereka yang dibawah umur dan mereka ini tidak dibebani dengan tanggunjawab.

Kita dah kenal apa itu tanggungjawab, apakah sama tanggungjawab antara kita dengan individu yang lain ? Kalau dilihat pada takrifnya, tanggungjawab itu sebenarnya relatif ianya tidak sama antara individu dan individu yang lain. Contohnya tanggungjawab keselamatan, tidak mungkin kita akan meletakkan keseluruhan tanggungjawab keselamatan itu di atas kesemua bahu individu yang ada dalam sesebuah organisasi atau masyarakat, kerana sebenarnya bukan semua diantara kita mampu mengambil tanggungjawab terhadap keselamatan diri kita seumpamanya budak-budak, orang gila, wanita yang lemah, orang tua dan orang yang cacat.

Suami sebagai ketua keluarga bertanggungjawab penuh dari sudut material, rohani dan akhlak. Antara tanggungjawab utama suami ialah:

1. Menyara dan memberi nafkah terhadap ahli keluarga mereka. Khasnya memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak, terutama anak-anak yang belum mampu untuk bekerja. Sesiapa yang tidak menunaikan tanggungjawab tersebut merupakan dosa. Sebagaimana hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud.

“Cukuplah seseorang itu dikira berdosa, apabila ia membiarkan orang di bawah jagaannya (tiada nafkah).”

2. Tanggungjawab suami juga dapat dikaitkan secara langsung dengan kepimpinannya terhadap isteri dan anak-anak. Seorang suami tidak sepatutnya bertindak kasar atau zalim biarpun kadangkala anak dan isteri ada melakukan kesilapan. Sesuai dengan firman ALLAH:

“Dan jika kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka ALLAH akan berbuat demikian terhadap kamu), kerana sesungguhnya ALLAH amat pengampun lagi amat mengasihani.”

(Surah al-Taghabun ayat 14)

Maka bagaimana dengan wanita? Ia di bincangkan dibawah.

Secara lazimnya, urusan rumah tangga dan keluarga telah dipertanggungjawabkan kepada kaum wanita. Wanita melalui peranannya sebagai isteri dipertanggungjawabkan menjaga hal-hal rumahtangga seperti menguruskan makan minum, perbelanjaan rumah dan sebagainya. Selain daripada itu, sebagai seorang ibu mereka dipertanggungjawabkan untuk mendidik, menjaga, dan mengasuh anak-anak.

Tugas tugas ini sudah mulai menjadi beban kepada wanita sekiranya mereka juga perlu berkerja untuk mendapat pendapatan. Kerja-kerja urusan rumah diserahkan kepada pembantu rumah tetapi tanggungjawabnya masih diamanahkan kepada isteri. Ini akan mengakibatkan isteri semakin hari semakin hilang kemahiran mengurus rumahtangga. Ramai wanita yang bekerja dididik agar dapat mengurus kerjaya mereka dengan baik. Tetapi sebaliknya pendidikan dan keupayaan mengurus rumah tangga semakin hari semakin menjadi lemah. Apabila ini berlaku urusan rumah tangga sudah mulai terabai.

Keadaan ini sudah menjadi satu beban kepada wanita dalam memain peranannya sebagai isteri dan ibu.

25 Oktober, 2010

Salam Kembali

Assalamualaikum...

Sememangnya telah terlalu banyak berlaku sejak saya berhenti sebentar mengemaskini blog. Tugasan yag bertambah dan tanggung jawab yang bertambah. Memang benar, sejauh mana kita mengejar dunia ia akan nampak lebih jauh dihadapan. Namun dengan tekad dan kesabaran, harus diteruskan usaha itu dgn tenang.

Dugaan pergi dan datang dan ia menjadikan kita lebih matang. Namun mungkinkah kasih dan sayang itu akan terhakis umpama lesung terbiar di tengah laman? Ada pemikir mengatakan kasih dan sayang harus dibaja, belai dan kutip hasilnya... umpama berkebun. Maka sejauh mana kita setuju dengan pendapat itu?

Sebagai lontaran untuk pembaca, sejauh mana anda faham apa itu privacy suami? Dimana dan sejauh mana kalian meletakan KEPERCAYAAN itu? Apapun pandangan kalian, yang pasti ada asas dalam apayang kalian utarakan.

Apa itu EKSISTENSI SUAMI? Ada kalian terfikir tentang itu? Maka menjadi satu keharusan untuk kalian mencari dan memahami dua perkara menjadi lontaran untuk kalian fikirkan.
Walaupun saya tahu, ia agar berat untuk comeback saya kali ini.

26 Januari, 2010

Halwa Telinga dan Makanan Jiwa

Assalamualaikum..

Sudah agak lama juga saya tidak mencoretkan apa apa disini. Hanya rencana dan artikel yang saya rasa harus dikongsi bersama. Bukan tiada kelapangan cuma idea tidak dapat disusun dengan benar. Oleh itu, maafkan saya wahai teman yang mengikuti blog saya.

Alhamdulilah saya diberi sedikit kesempatan dan idea untuk berkongsi sedikit dengan kalian.



Saya ingin berkongsi sebuah lagu yang bagi saya amat bermakna buat kita, sebagai ummat Rasullah SAW. Sesungguhnya keistimewaan baginda tidak dapat di sangkal.

04 Januari, 2010

KESEDARAN :Tanggungjawab Sebagai Seorang Bapa



Bapa moden kurang berinteraksi

Peranan sebagai ketua keluarga menuntut tanggungjawab besar supaya dapat jadi contoh terbaik kepada anak

PERUMPAMAAN bapa borek anak rintik begitu besar maknanya dalam masyarakat Malaysia. Ia menggambarkan betapa seorang bapa itu menjadi ikon kepada anak. Bapa sebagai ketua keluarga, dilihat berkuasa, bertanggung jawab sepenuhnya dan amat dihormati seluruh ahli keluarga. Sayangnya, gambaran ini tidak lagi relevan dengan bapa zaman kini kerana semakin ramai bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), mendapati kebanyakan bapa kurang berbincang dengan anak mereka mengenai kehidupan seharian serta kurang komited dalam menerapkan nilai murni kepada anak remaja.

Hasil kajian itu turut membuktikan, bapa moden kurang memainkan peranan mereka sebagai ketua yang sepatutnya membimbing keluarga masing-masing. Sebaliknya, tugas berkenaan lebih banyak diambil alih oleh isteri.

Penolong Pegawai Penerangan, Unit Pendidikan LPPKN, Hamzah Ibrahim pada Kursus Ilmu Keluarga LPPKN, berkata bapa hari ini perlu diberikan kesedaran untuk memperkasakan diri bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga agar lebih dihormati anak, tambahan pula bapa sentiasa diteladani anak yang cenderung meniru sikap mereka tidak kira negatif mahupun positif.

Sebagai pemimpin, bapa adalah idola anak. Apabila bapa tidak memainkan peranan yang sepatutnya, anak hilang arah tuju. Sebagai pemimpin, bapa ada kuasa dan hak dalam keluarga. Kalau tidak mampu memainkan peranan seperti mengajar agama, seorang bapa perlu menghantar anak kepada mereka yang lebih arif untuk belajar mengenai agama. Berdosa jika tidak menunaikan tanggungjawab ini,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Kursus Bersiri LPPKN bertajuk Bapa dan Keluarga: Tanggungjawab dan Cabaran, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Penyelidikan yang dijalankan pada 2004 dan setiap 10 tahun itu membabitkan ibu bapa muda berusia sehingga 49 tahun di sekitar Lembah Klang melalui pelbagai soalan yang dikemukakan kepada mereka. Soalan menyentuh mengenai pembabitan mereka sebagai teman anak, kekerapan berbincang dengan anak mengenai cita-cita, cara berpakaian, hal peribadi, perbelanjaan, pergaulan dengan rakan dan pendidikan.

Bapa juga mengaku kurang menerapkan nilai murni di kalangan anak berusia antara tujuh hingga 12 tahun berbanding ibu. Nilai murni yang dimaksudkan seperti rasa bersyukur, disiplin, berilmu, bertakwa, amanah, jujur dan hormat pada orang lain.

Hamzah berkata, berdasarkan dapatan daripada kajian itu beliau menyeru agar semua bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak dan keluarga agar dapat mengenali diri setiap anak.

“Kalau boleh jangan biarkan hanya ibu mengambil alih semua tugas ini sedangkan ia adalah amanah yang dipikul oleh bapa. Kurang membabitkan diri dalam aktiviti keluarga menyebabkan anak hilang rasa hormat terhadap bapa. Justeru, tidak hairanlah seandainya anak gemar melawan dan tidak mendengar nasihat bapanya kerana tidak melihat bapanya sebagai contoh yang baik.

“Isteri juga tidak boleh dibiarkan keseorangan untuk menjaga anak sedangkan bapa keluar untuk melakukan aktiviti sendiri seperti memancing dan sebagainya. Kalau mahu keluar juga, mintalah keizinan isteri,” katanya.

Beliau berkata, kuasa bukan bermakna bapa perlu bersikap dominasi atau garang tidak tentu pasal. Sikap tolak ansur perlu terhadap anak dan isteri demi memastikan keluarga hidup aman damai. Justeru, amat penting seorang bapa mengenal diri sendiri. Sekiranya sikap mereka itu tidak sesuai untuk dijadikan contoh keluarga, berusahalah untuk mengubah suai atau mengawalnya.

“Perubahan ini boleh dilakukan dengan mengenali sifat diri atau jenis personaliti yang dimiliki. Mengikut ilmu psikologi, setiap individu memiliki sifat atau gabungan sifat haiwan seperti kancil, singa, unta dan kuda. Kancil dianggap sebagai penghibur, singa pula pengarah, unta adalah pendamai dan kuda sebagai pemudah cara. Berdasarkan sifat ini, anda boleh mengubah suai dan mengawal diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi atau anak.

“Renungkan ke dalam diri anak bagi mengenal pasti sifat mereka pula dan cuba fahami diri mereka. Misalnya, kancil sebagai penghibur gemar berseronok, suka perubahan, kreatif dan banyak berbicara. Jika anak suka mencabar, kuat semangat, berdikari, gemar mengawal atau membuat keputusan, bermakna dia memiliki sifat singa. Mengenali sifat diri dan anak, memudahkan anda berinteraksi dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Kaunseling Bahagian Pembangunan Keluarga LPPKN, Dr Khamsiah Ibrahim tidak menafikan bapa moden hari ini berdepan cabaran berbeza dengan bapa dulu. Bagaimanapun, cabaran ada kalanya diperlukan bagi memberikan perubahan positif dan mendorong untuk melakukan perubahan dalam hidup.

Cabaran bapa di bandar mungkin berbeza dengan cabaran bapa di kampung. Apa yang sama adalah menjadi bapa bukan secara kebetulan! Cabaran tetap wujud walau di mana lokasi anda menjadi bapa.

“Cabaran dihadapi bapa semakin meningkat apabila bilangan anak bertambah, kos sara hidup yang tinggi, masa bekerja yang sibuk dan menyebabkan mereka kurang berada di rumah untuk bersama anak-anak dan isteri. Hasilnya, kurang masa berbual, kurang memahami anak yang berpunca daripada kurang peluang untuk mengenali mereka. Kuasa penuh ayah mendidik anak berkurangan, tetapi kuasa mendidik ini berpindah kepada pembantu rumah, rakan sebaya mereka atau persekitaran seperti televisyen dan internet,” katanya.

Beliau berkata, berbanding bapa tradisional berkuasa veto dalam membuat keputusan, mereka menjadi punca pendapatan utama dan menjadi model kepada anak-anak tanpa pengaruh internet seperti yang ada pada hari ini. Bapa moden pula adalah ‘ketua kerajaan campuran’ kerana suami isteri sama-sama bekerja. Kuasa veto bapa moden hari ini semakin menipis.

“Justeru, bagi memperkasakan diri seorang bapa, mereka perlu tampil hebat pada pandangan mata anak. Seorang bapa perlu ada pengetahuan dan penampilan yang unik agar boleh dibanggakan anak iaitu kehebatan dari segi emosi dan sosial. Mereka perlu menjadi demokrasi dan bertoleransi, pakar rujuk, dihormati dalam membuat keputusan. Anak berhak mendapat perhatian, empati (sifat memahami), didengari, merasa selamat, gembira dan dilindungi ketika bersama bapa,” katanya.

Bapa yang tidak mengajar anaknya mengenai tanggung jawab mereka adalah bersalah, sama dengan anak yang mengabaikan mereka. Kata-kata Confucius ini seharus direnung setiap lelaki yang bergelar bapa. Besarnya tanggungjawab bapa bukan saja pada anak dan isteri, tetapi peranan mereka sebagai anak. Jangan salahkan anak apabila mereka tidak mengendahkan ibu bapa kerana hakikatnya tanggungjawab itu tidak dilatih atau ditunjukkan contoh oleh anda sebagai bapa.

01 Januari, 2010

Adakah benar kita tidak lalai?



Sesungguhnya ya kita sememang lalai,
bukan hanya lalai, tetapi leka dengan nikmat dunia,
leka dengan nikmat yang akan memusnahkan dan menyedihkan kita di akhirat kelak.



Adakah benar kita tidak lalai?
Percaya atau tidak sememangnya kita lalai dan leka,
kita mampu untuk mendengar berpuluhan lagu sehari,
atau mungkin beratus-ratus banyaknya,
tetapi kita tidak mampu untuk mendengar dan membaca berpulu-puluh juzuk Al-Quran sehari,
atau berpuluh-puluh helai sehari,
atau setidak-tidaknya berpuluh-puluh ayat sehari,
kita tidak mampu!

Adakah benar kita tidak lalai?
Kita mampu untuk menghafal lagu-lagu kegemaran sendiri,
tetapi kita tidak mampu untuk menghafal Al-Quran,
kita tidak mampu untuk menghafal hadith Rasulullah,
kita tidak ada masa untuk menghafalnya walau sebaris pun.
Kita tidak mampu!

Adakah benar kita tidak lalai?
Kita mampu membaca dan memahami novel-novel yang diminati,
tetapi kita tidak mampu untuk membaca malahan memahami isi-isi Al-Quran,
kita tidak ada masa untuk membaca malahan memahami kitab-kitab Hadith Junjungan Nabi Muhammad S.A.W,
kita tidak mampu dan tiada masa untuk membaca malahan memahami kitab-kitab karangan Ulama' untuk mendidik hati supaya dekat kepada Allah.
Kita tidak mampu!



Adakah benar kita tidak lalai?
Kita mampu untuk menambah masa kita bagi mengadap komputer,
menambah masa untuk menele'ah sesawang sosial seperti facebook,
blog, atau chatting atau seumpamanya,
tetapi kita tidak mampu untuk menambah dan meningkatkan amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah dan Rasul-Nya,
amalan yang membuatkan kita dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya.
Kita tidak mampu!

Adakah benar kita tidak lalai?
Kita mampu menghadiri pelbagai program bersama rakan-rakan,
bersiar-siar,
bermandi-manda,
ber"barbeque",
bersoronok dan bergembira,
tetapi kita tidak mampu untuk menghadiri program dan majlis-majlis ilmu,
kita tidak mampu dan tiada masa untuk menyertai majlis-majlis yang menambahkan kefaqifah kita dalam bidang agama,
Aqidahnya, Tauhidnya, Feqahnya, Ibadahnya, Sirahnya, Akhlaknya, Tasawwufnya, Muamalatnya, dan seumpamanya.
Kita tidak mampu!

Adakah benar kita tidak lalai?
Kita mampu mengadap televisyen berjam-jam lamanya,
menonton pelbagai santapan untuk hiburan hati dan diri,
tetapi kita tidak mampu untuk bangun mengadap Rabbul Jalil ditengah malam walaupun untuk seketika,
kita tidak mampu dan tiada masa untuk mengangkat tangan memohon doa berjam-jam lamanya kepada Allah,
malahan kita tidak mampu dan tiada masa untuk menyegerakan ibadah kepada-Nya.
Kita tidak mampu!

Mengapa?
kerana kita terlalu sibuk dengan urusan dunia,
urusan yang entah bila akan tamat dan habis,
urusan yang mungkin seronok dan menyeronokkan,
atau mungkin yang sedih dan mendukacitakan,
atau yang mungkin bosan dan membosankan.

Sahabatku,
Adakah mendengar lagu itu lebih utama dan lebih dituntut oleh Allah berbanding membaca Al-Quran?
Adakah menghafal lagu itu lebih utama dan lebih dituntut oleh Rasulullah berbanding menghafal Al-Quran dan Hadith baginda?
Adakah memahami novel itu lebih utama dan lebih dituntut oleh Allah berbanding memahami isi Al-Quran, hadith-hadith Nabi junjungan dan memahami kitab-kitab yang mendidik jiwa dan hati agar dekat kepada Allah?
Adakah menambah masa mengadap komputer itu lebih utama dan dituntut oleh Allah berbanding menambah dan meningkatkan amalan yang membuatkan kita dicintai oleh Allah dan seluruh malaikat?
Adakah menghadiri program bersama rakan itu lebih utama dan lebih dituntut oleh Allah berbanding menghadiri program dan majlis ilmu untuk menambahkan kefaqihan kita kepada ilmu-ilmu akhirat?
Adakah meluangkan masa mengadap televisyen itu lebih utama dan lebih dituntut oleh Allah berbanding meluangkan masa mengadap Allah seketika di malam hari?
Adakah semua itu lebih utama?!!



Tidak mengapa untuk anda lakukan semua itu,
jika anda sentiasa mengkhatam Al-Quran setiap hari,
sentiasa menghafal ayat-ayat Allah dah hadith baginda setiap hari,
memahami Al-Quran dan hadith Rasulullah setiap masa dan ketika,
sentiasa mendekatkan diri kepada Allah setiap hari,
sentiasa meningkatkan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya,
sentiasa menambahkan ilmu dan kefaqihan anda kepada Ilmu wahyu dan ilmu agama setiap hari,
jika anda benar-benar sudah faqih dan 'alim!!
Tidah mengapa, terus lakukan semua itu!!

Tetapi sedarlah hakikat sebenarnya,
anda belum sampai ke tahap itu,
anda belum berjaya memastikan diri anda selamat dari azab Allah,
anda masih tidak banyak ilmu dan amalan di dada untuk beramal dengan syariat-Nya,
anda masih tidak mampu untuk mengawal diri untuk tunduk kepada perintah dan arahan-Nya,
anda masih tidak mampu meningkatkan ibadah dan amalan yang dicintai-Nya.

Wahai sahabatku,
setakat manakah bacaan Al-Quran kita setiap hari,
hafalan kita, kefaqihan kita dan dekat kita kepada Allah,
amalan kita dan kecintaan kita kepada apa yang dicintai oleh Allah dan Rasulullah.
Setakat mana?

Malangnya umat mu Ya Rasulullah,
mereka melebihkan perkara dunia berbanding akhirat.

Ayuh berubahlah sahabatku yang dikasihi.
Tahun 1430 Hijriyyah bakal meninggalkan kita,
Mahukah kita untuk terus berada di tahap sebegini rupa?
Tahap yang hanya merugi dan memusnahkan diri di akhirat kelak.
Adakah sudah cukup bekalan yang kita bawa untuk ditunjukkan di hadapan Allah kelak?
Adakah amalan kita itu mampu untuk menyamai timbangan seberat nikmat sebiji mata yang telah dikurniakan?
Sesungguhnya tidak wahai sahabatku, tidak akan sama sekali menyamai berat nikmat sebiji mata, malahan dengan sehelai rambut pun ia tidak dapat menyamai timbangan tersebut.

Ayuh berubahlah, Islahlah, perbaikilah dirimu, dan diriku,
masih belum terlambat,
pintu rahmat dan kasih sayang-Nya masih terbuka sebelum ajal menjelma.

Di petik dari : Perjalananmu Masih Jauh

28 Disember, 2009

Gangguan Pada Anak Kecil..

Bismillahirahmannirahim..

Kaedah Mengesan Gangguan Pada Kanak-kanak

Kanak-kanak kecil agak sukar untur dibacakan ruqyah dan berikut adalah antara panduan asas bagi mengesan samada anak anda yang berusia di bawah umur 7 tahun mengalami gangguan atau tidak.Ketika anak anda tidur lakukan langkah-langkah berikut:

1. Ambil wudhuk

2. Letakan tangan anda di bahagian kepala anak berkenaan

3. Baca : Al-fatihah (1x), Ayat kursi (7x), Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (3x)

4. Perhatikan tangan & kaki anak anda, adakah bergerak-gerak semasa bacaan dilakukan.

5. Jika ada.... berkemungkinan ada gangguan.


Rawatan:

1. Azankan 7x di telinga anak berkenaan atau,

2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi, 4 Qul..

Bila telah di rawat, scan semula... dan ulangi rawatan jika masih ada gangguan.... jika dilakukan berulangkali tetapi masih berlaku... jumpalah dengan mu'allij atau perawat islam yang anda yakini.


Selamat mencuba.

Sumber: SIMAAS

24 Disember, 2009

Mengekalkan Akhlak Yang Baik





Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
Riwayat at-Tarmizi

Huraian
1.Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.

2.Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.

22 Disember, 2009

Siapakah Org Pertama Dalam Islam?

Mudah-mudahan orang Islam tetap ditempat yang pertama..

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW

http://acescripters.blogspot.com

03 September, 2009

Petua Mencari Malam Lailatul Qadar!

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
I)AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II)ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III)SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV)KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V)SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 23 ramadhan.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :
1)Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2)Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3)Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

WALLAHU'ALAM

Sumber: http://simaas.blogspot.com/


10 Ogos, 2009

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Source: darussyifa

05 Ogos, 2009

Khasiat Halia

  1. Membantu untuk menghadamkan makanan.
  2. Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
  3. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
  4. Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
  5. Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
  6. Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
  7. Menghilangkan bau busuk mulut.
  8. Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:
"Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia."

Sumber : nuursyifa

15 Mei, 2009

Jenis Manusia Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal."Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Sumber : dakwah2u

14 Mei, 2009

Hutang - suatu kisah pengajaran

"Kamarul, esok result keluar." Suara Imran kedengaran di hujung corong telefon. "Kalau ada yang sangkut, habislah aku, extend 6 bulan lagilah." Nafas Kamarul seakan tersekat-tersekat apabila mendengar kata-kata Imran tadi. Kamarul berdebar-debar, dia sudah tidak sanggup lagi burning the midnight oil. Apabila keputusan keluar pada keesokan harinya, ia benar-benar bermakna bagi Kamarul.

"Alhamdulillah, aku lulus." Bagaikan arus sejuk singgah di kepalanya, dengan kelulusan itu Kamarul dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Sejak hari itu, berpuluh-puluh permohonan kerja resume dihantar ke syarikat-syarikat besar. Akhirnya dia mendapat kerja di syarikat di Petaling Jaya, sebagai eksekutif dengan gaji RM1,500. Disebabkan tiada pengangkutan awam ke tempat kerja dari rumahnya, Kamarul membuat keputusan membeli sebuah motosikal yang berharga RM 3,500. Dia kekurangan wang lalu ingin meminjam daripada ibunya sebagai wang pendahuluan dan membayar bakinya dengan ansuran bulanan sebanyak RM200 selama 3 tahun. Ibunya memberikan RM3,500 kepadanya supaya membeli motor itu secara tunai. Apabila ada masa terluang pada hujung minggu, Kamarul pergi ke pusat membeli-belah bagi bermain boling dan menonton filem.

Pada suatu hari dia diperkenalkan dengan kad kredit, selepas diberitahu dia tidak perlu membayar satu sen pun bagi memilikinya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Kamarul pun bersetuju. "Encik boleh faks satu salinan borang EA (borang pendapatan). " Lebih kurang dua minggu kemudian, kad kredit itu sampai dan dia pergi ke bank bagi mendapatkan nombor PIN kad itu. Sejak hari itu, kad itu tersimpan kemas tidak terusik di dalam dompetnya. Kini hampir setahun ia tersimpan di dalam dompet tanpa menggunakannya.

Genap setahun bekerja di Syarikat ABC, Kamarul membeli sebuah kereta. Dia sudah tidak tahan dengan kepanasan cuaca dan terpaksa berteduh di bawah jambatan setiap kali hujan lebat. Harga kereta : RM 53,000 Wang Pendahuluan: RM 1,500 Tempoh : 9 Tahun (108 bulan) Ansuran : RM 624 Sejak memandu kereta, Kamarul mula menggunakan kad kredit bagi mengisi minyak keretanya. Sekiranya dahulu, dia membayar tunai kerana RM5 cukup bagi satu tangki minyak motornya, tetapi sekarang RM50 pun belum penuh satu tangki keretanya. Kamarul membayar minyak petrol keretanya menggunakan kad kredit dan menjelaskan bilnya apabila mendapat gaji pada hujung bulan. Pernah sekali kad kreditnya tidak dapat digunakan. Selepas kejadian itu, dia memohon satu lagi kad kredit dari bank yang lain. Sekiranya salah satu kad kreditnya rosak ataupun tidak diterima, dia masih ada satu lagi kad kredit yang dapat digunakan.

Seperti biasa, setiap tahun, gajinya akan naik di antara 5 - 9%. Kini gajinya RM 2,750. "Alhamdulillah dengan umur 26 tahun, aku sudah mendapat gaji sebesar ini." Hatinya benar-benar puas. Jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Apabila sampai waktunya, semua remaja akan bersatu termasuklah Kamarul. Dia bertunang dengan Balqis dengan menetapkan hantaran kahwin sebanyak RM6,666. Semasa dalam pertunangan, Kamarul membuat satu pinjaman peribadi bagi urusan perkahwinannya. "Alhamdulillah, pinjaman aku lulus." Kamarul merasa gembira pinjaman peribadi sebanyak RM 15,000 dari sebuah bank tempatan diluluskan. Dia memerlukan duit yang banyak bagi menampung kos hantaran dan majlis perkahwinannya yang akan diadakan secara sederhana. Selepas berkahwin dengan Balqis, Kamarul membawa isterinya ke Kuala Lumpur dan mereka menyewa rumah teres setingkat dengan kadar sewa sebanyak RM 600 sebulan.

Seperti kebiasaan pada setiap pasangan baru berkahwin, terdapat banyak kekurangan yang perlu disediakan bagi keselesaan hidup berdua. Semasa bujang dia banyak menggunakan televisyen, mesin basuh dan peralatan lain yang dimiliki oleh rakan-rakan serumah. Selain daripada keretanya, harta bujangnya adalah sebuah radio. Rumah Kamarul sunyi sepi, sekiranya dahulu balik dari tempat kerja, dia dapat menonton televisyen. Tetapi kini, selepas sembahyang Isyak, mereka terus masuk tidur. Tidak sampai seminggu, dia pulang dengan sebuah TV berjenama 29 inci. Hatinya puas apabila melihat senyuman Balqis yang sedang menonton drama kegemarannya itu. Setiap hari dia terpaksa membeli lauk dan sayur-sayur kerana dia tidak mempunyai peti sejuk bagi menyimpannya. Akhirnya dia membeli sebuah peti sejuk yang besar dan selesailah sudah satu lagi masalahnya. Semasa bujang, dia menghantar pakaiannya ke kedai dobi, kini pakaiannya dibasuh di lantai bilik air yang sempit. Tidak tahan dengan keadaan itu, dia membawa pulang sebuah mesin basuh automatik yang dapat memuat muatan sehingga 7 kilogram. "Sayang, comforter pun kita boleh basuh dengan mesin ini, tidak payah lagi hendak hantar kedai dobi." Kamarul memberitahu isteri kesayangannya. "Mana abang dapat duit beli semua ini? Abang dapat bonus, ya?" tanya si isteri. Kamarul menjawab sambil tersenyum, "Alah, abang ambil di Court, bayar ansur-ansur. " "Kalau macam itu, boleh tak abang ambil microwave satu, senang lauk sejuk boleh kita panas, tahan lama sikit, tak payah buang." Balqis meminta. "Yelah sayang, nanti hujung minggu ini kita pergi ambil." Setiap kali ada jualan murah, Kamarul mengambil kesempatan membeli barangan dengan harga yang murah.

Kamarul sudah tidak lagi membayar semua perbelanjaannya melalui hutang kad kredit. Dia hanya membuat bayaran minimum kad kredit setiap kali menerima gaji. Pada masa ini dia sudah mulai mempunyai hutang kad kredit. Semasa di tempat kerja, seorang rakan menegur, "Kamarul, engkau sudah buka e-mel?", tanya si Man. "Kenapa Man? Boss declare bonus ke ?". Biji mata Kamarul hampir terkeluar apabila membaca e-mel daripada pihak pengurusan yang tertera 2.5. Dalam hatinya. "Ni bukan 1 bulan tapi 2.5 bulan." Muka Kamarul berubah berseri-seri . "Wow, banyak ni, orang kaya barulah kita." Sejak duit bonus sudah masuk ke dalam akaun semalam, Kamarul tidak dapat duduk diam. Dia asyik terkenangkan duit bonus itu. Akhirnya dia menjual keretanya dan membeli kereta 1.6 Automatik. Seperti biasa, bayar duit pendahuluan serendah yang mungkin dan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga maksimum. Enam bulan selepas berkahwin, Kamarul membawa isterinya ke klinik pakar. Betapa gembiranya apabila doktor memberitahu isterinya mengandung. Setiap bulan Kamarul membawanya ke klinik pakar bagi memastikan kesihatan kandungan isterinya. Klinik ini menerima pembayaran melalui kad kredit.

Apabila sampai waktu bersalin, Kamarul memilih hospital swasta demi keselesaan isteri tercinta melahirkan zuriatnya yang pertama. Dia mengambil pakej tiga hari dua malam yang berharga RM 2,500 bagi bersalin secara normal. Akhirnya isterinya melahirkan anak lelaki yang comel seberat 3.2 kilogram melalui pembedahan Caesaran. Kamarul menggunakan salah satu kad kreditnya bagi membayar kos hospital yang berjumlah RM4,863.50. Daripada lampin sehinggalah ke susu, semuanya berjenama dan berkualiti demi puteranya pewaris keturunan. Kamarul berjaya mendapat kerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat gergasi dengan gaji permulaan RM3,900.

Bagi meraikannya, dia membawa isteri dan anaknya makan besar di sebuah restoran makanan Jepun. Pembayaran dibuat dengan menggunakan kad kredit berjumlah RM 258.70. Sudah tujuh tahun dia tinggal di rumah sewa dengan isteri dan anaknya. Sudah tiga kali dia berpindah, dari rumah teres setingkat tiga bilik sehinggalah rumah teres dua tingkat empat bilik. Daripada sewa RM 600 sehinggalah kini dia membayar RM1,000 sebulan. Terdetik juga di hatinya, "Sampai bila aku nak hidup dengan menyewa?" Dia pergi ke bank menanyakan jumlah pembiayaan bagi sebuah rumah teres satu tingkat yang berharga RM 130,000. Alangkah terkejutnya apabila mendapati dia layak membuat pinjaman membeli rumah yang cantik, besar dan mahal. Apa lagi, dia pun membeli sebuah rumah teres dua tingkat berharga RM 176,000 dengan ansuran sebanyak RM1,233 selama 30 tahun. Semasa rumah sedang dalam pembinaan, dia membayar RM 700 sebulan bagi faedah selama dua tahun.

Akhirnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian, pihak pemaju perumahan menyerahkan anak kunci rumah idamannya tiga bulan lebih awal daripada yang termaktub dalam perjanjian jual beli. Banyak juga barang yang tidak dibawa bersama ke rumah baru ini. Peti sejuk, mesin basuh dam sofa yang sudah usang tidak terkecuali disenaraikan dalam barangan yang akan dibuang. Kamarul dan Balqis ingin memastikan mereka sekeluarga berpindah ke rumah baru dengan gembira dan selesa. Apa tidaknya, daripada sofa sehinggalah katil anak-anaknya, semuanya baru. Dengan 'Skim Bayaran Mudah', Kamarul dapat mengambil barangan bernilai hampir RM 15,000 dan hanya perlu membayar RM 419 setiap bulan secara ansuran selama 5 tahun. Harga barang asyik meningkat, belum cukup bulan duit sudah habis.

Bermula pada saat itu, Kamarul mula berjinak-jinak dengan kad kredit. Sekiranya dahulu kad kredit digunakan bagi membayar petrol kereta, kini bayaran servis kereta, bil telefon, bil elektrik sehinggalah barangan dapur semuanya dibayar dengan kad kredit. Setiap kali mendapat gaji, Kamarul memastikan pembayaran minimum dibuat bagi setiap kad kredit yang dimilikinya. Kamarul dan Balqis sangat gembira semasa menyambut kelahiran anaknya yang keempat. Akhirnya Kamarul menukar lagi keretanya dengan membeli sebuah MPV yang berharga RM 100,000 lebih. Memang cantik, besar, selesa, dan kuasa enjinnya pula adalah 2.5cc. Dia menggunakan duit lebihan dari kereta 1.6 Automatiknya yang dijual. Ansuran bulanan hanyalah RM1,271 bagi tempoh 9 tahun. Lagipun dia baru menerima kenaikan gaji sebanyak 5% (gaji baru RM4090).

Pada suatu hari, berita memaparkan kenaikan minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol. Perbelanjaan petrolnya sudah meningkat tetapi tidak dirasainya kerana pembayaran dibuat menggunakan kad kredit. Sehingga kini, dia masih tidak tahu berapa jumlah yang dibelanjakannya bagi minyak keretanya setiap sebulan. Dari hari ke hari, hutang Kamarul semakin meningkat disebabkan semua perbelanjaan dicajkan kepada kad kredit. Dia pula hanya membayar dengan bayaran minimum dan juga dikenakan dengan kadar faedah yang tinggi. Hutang semakin bertambah dan kini sudah setinggi gunung. Dia sudah tidak mampu mengira jumlah hutang sekarang. Lalu datanglah idea memotong separuh daripada hutangnya. Pinjaman perumahan yang sudah tinggal RM 90,000 dibiayai semula.

Harga pasaran rumah itu pada masa ini adalah RM 280,0000. Dia mengambil pinjaman sebanyak RM 240,000 dan menyelesaikan pinjaman perumahan di bank lama sebanyak RM 90,000. Baki RM130,000 digunakan membayar hutang kad kredit, skim bayaran mudah, pinjaman peribadi dan kereta. Duit selebihnya digunakan bagi mengubahsuai rumahnya. Dia menyangkakan membuat keputusan yang bijak. "Aku sudah membuat keputusan yang bijak, semua hutang aku bayar. Cuma hutang rumah bertambah sikit, ansuran tinggi sikit, tempoh ansuran bertambah sikit dan kadar faedah (keuntungan) yang dikenakan sikit sekiranya dibandingkan dengan dahulu, semuanya sikit-sikit sahaja." Kamarul mengelamun seketika sambil menghirup kopi panas di kawasan beranda rumah yang sudah diubahsuai. Jangan lupa sikit-sikit lama-lama jadi bukit... . Kamarul terjebak semula dengan hutang kad kredit. Dahulu dia merasakan dialah pengguna yang bijak, rupa-rupanya pengguna yang sudah dipijak.

Kini hampir setiap hari dia diganggu oleh panggilan daripada bank yang memintanya membayar ansuran yang tertunggak. Bagaimana dia hendak bayar, sekiranya hutang bagi satu kad kredit sudah mencapai beribu-ribu ringgit. Dia pula memiliki enam kad kredit. Belum lagi dicampur dengan hutang sofa, katil dan lain-lain yang diambil dengan skim bayaran mudah. Ia sudah pun tertunggak selama dua bulan. Pulang dari kerja, dia dikejutkan lagi dengan surat-surat hutang. Kandungan surat itu memintanya menjelaskan hutang dalam masa 14 hari ataupun mereka akan mengambil tindakan saman.

Segala simpanannya dikeluarkan bagi mengelakkannya menerima surat saman. Ada kalanya dia terpaksa menangguhkan bayaran ansuran rumah supaya dapat menjelaskan ansuran kad kredit yang sudah tiga bulan tertunggak. "Abang, susu Aiman sudah habis." Balqis berkata pada suatu hari semasa Kamarul pulang dari pejabat. "Kenapa Balqis tidak beritahu awal bulan, sekarang mana abang ada duit!" Dalam poket seluarnya hanya ada RM3, dalam bank RM 16.42. Dia terpaksa mendapatkan bekalan susu di pasar raya yang menerima pembayaran melalui kad kredit. "Ah, lega... kad kredit diterima" katanya sambil matanya tertumpu pada mesin pembaca kad kredit. Sampai sahaja di rumah telefon bimbitnya berbunyi. Balqis bingung mengapa Kamarul tidak menjawab panggilan itu. "Abang, telefon tu, kenapa tidak angkat?" tegur Balqis. "Biarlah, orang yang menguruskan kad kredit tu. Sudah pukul 7 malam pun masih nak bekerja, susahlah kalau macam ini." "Sudahlah sehari suntuk bank menelefon bertanyakan ansuran kereta yang dua bulan tertunggak. Bukan aku tidak mahu bayar, tetapi duit bulan ini sudah habis, tunggulah bulan depan," hatinya berbicara. "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

" Begitulah nasib Kamarul. Sehingga kini, sudah tiga kali dia naik turun mahkamah. Hutang kad kreditnya sahaja sudah mencapai berpuluh-puluh ribu ringgit, tetapi gajinya masih di takuk lama. Kini hanya tinggal satu kad kredit sahaja yang dapat digunakan. Semua keperluannya terpaksa dibayar melalui kad kredit. Faedah yang perlu ditanggung lebih daripada RM500 sebulan itu belum dicampur pokok yang perlu dibayar. Dia merasa takut apabila dilanda musibah kerana tidak mempunyai duit simpanan. Apabila keretanya rosak, dia tidak dapat menggunakan kad kredit kerana semua kad kreditnya sudah hampir mencapai had maksimum.

Dia terpaksa menangguhkan pembayaran ansuran rumah dan kereta dan menggunakan duit gaji itu bagi membaiki keretanya. Kemalangan, kena saman, kereta rosak, anak masuk wad, ahli keluarga sakit dan insurans kereta tamat adalah perkara-perkara yang mampu membuatkan dirinya tertekan. Kini, satu-satunya kenderaannya baru sahaja ditarik. Bagi mengurangkan kos, dia menghantar anak dan isterinya balik ke kampung buat sementara waktu. Sebenarnya dia tidak sanggup berpisah dengan mereka tetapi dia terpaksa. Dia sudah mendapat notis dari bank bagi mengosongkan rumah kerana ia akan dilelong.

Di kala Kamarul memerlukan sokongan daripada orang yang tersayang, dia diuji lagi dengan ujian yang besar. Isterinya memohon cerai kerana tidak tahan dengan keadaan hidup mereka yang semakin susah. Dia sudah tidak mampu memberi keperluan zahir kerana duit gajinya terpaksa digunakan membayar hutang-hutang itu. Dipendekkan cerita, pada 23 Ogos yang lepas, dia diisytiharkan muflis. Dia berasa sangat malu melihat namanya terpampang di dada akhbar-akbar tempatan. DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA DALAM KEBANKRAPAN NO X-XXXX-XXXX BER: SI POLAN BIN SI POLAN (NO. K/P XXXXX-XX- XXXX) ... .Penghutang EX-PARTE: XYZ BANK BERHAD ... ... ... ..

Habis semua harta Kamarul dilelong bagi membayar balik segala hutangnya. Selepas rumah dan keretanya dijual, dia masih berhutang sebanyak RM 45,000. Kamarul berasa sangat tertekan. Dia merintih, "Mana aku hendak letak lagi muka aku ini, nama aku sudah tidak ada nilai lagi. Sekiranya dahulu dunia ini satu pinjaman, maka aku pinjamlah. Tetapi, kini aku sudah tidak ada apa-apa lagi. Hidup aku porak-peranda kerana hutang. Oh, malangnya nasibku, seorang yang mempunyai ijazah tetapi akhirnya kecundang. Tetapi kenapa yang banyak kecundang adalah orang yang berpendidikan tinggi seperti aku ? Harga diri aku sudah tergadai." "Wahai cucuku, setiap yang lahir ke dunia ini dimuliakan oleh Tuhan dengan maruah. Tetapi yang menjatuhkan dan menggadaikannya adalah kita. Tuhan tidak pernah ingin perkara yang tidak baik kepada kita, hanya kita yang menghancurkan diri kita. Bertaubatlah, sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan pengampun." Suara seorang tua berpakaian serba putih yang muncul dalam mimpi semalam masih terngiang-ngiang di corong telinga Kamarul. Ketika ini terdengar di corong telinga Kamarul. "Roh seorang Muslim... " "Ya Allah, janganlah ambil nyawaku pada masa ini. Aku benar-benar takut sekiranya Tuhan mengambil nyawa aku pada masa ini kerana aku mungkin menjadi muflis di dunia dan akhirat." Hidup aku Porak Peranda Keranamu Hutang !

Sinopsis Kewangan Kamarul ( Melalui 4 Fasa):

Fasa 1
Kais sebulan makan sebulan setengah. Sekiranya dahulu, pendapatan dan perbelanjaan Kamarul dapat diibaratkan 'Kais bulan makan sebulan setengah'. Tetapi selepas setahun di alam pekerjaan, Kamarul mengorak langkah dengan meningkatkan satu demi satu perbelanjaan tetap seperti ansuran kereta. Pada masa ini, Kamarul dapat menyimpan sebahagian daripada duit gajinya setiap bulan. Dia tiada hutang lain kecuali keretanya.

Fasa 2
Kais bulan makan bulan. Selepas dua tahun, akhirnya Kamarul diibaratkan 'kais bulan makan sebulan'. Gaji bulanannya hanya cukup membayar perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan melalui kad kredit yang semakin bertambah. Pada masa ini Kamarul tidak mampu lagi menyimpan kerana duit gajinya yang diperuntukkan bagi menyimpan telah dikikis oleh hutang kad kredit. Dia membayar balik segala perbelanjaan yang dibeli melalui kad kredit pada setiap bulan. Hutangnya pada masa ini adalah kereta dan rumah.

Fasa 3
Kais bulan makan setengah bulan. Tanpa menyedari hakikat yang satu malapetaka yang teramat besar akan menimpanya tidak lama lagi, dia masih berbelanja tanpa membuat sebarang perancangan. Pada masa ini pendapatan bulanannya hanya mampu menanggung kos perbelanjaannya bagi setengah bulan manakala baki separuh lagi gajinya digunakan bagi membayar ansuran hutang. Dalam masa yang sama, dia terpaksa berhutang bagi separuh daripada keperluan yang tidak mampu dibayarnya dengan tunai. Akibatnya hutang kad kreditnya bertambah dari hari ke hari. Sekiranya dia memilih melambatkan pembayaran hutangnya, surat saman akan sampai kurang daripada tujuh hari. Ini kerana hampir semua ansuran hutangnya tertunggak 2 bulan.

Fasa 4
Kais bulan boleh makan seminggu. Sekarang Kamarul benar-benar di persimpangan, ¾ daripada gajinya digunakan bagi membayar ansuran minimum ataupun yang sudah tertunggak 3 bulan. Hanya tinggal suku daripada gajinya bagi makan, minum, pakai dan memenuhi keperluan asas yang lain. Gaji masuk setiap 28 haribulan. Pada 29 haribulan, duit dalam akaun sudah tinggal RM 78.42. Pada masa ini, Kamarul diwartakan sebagai muflis. Bukan kebaikannya yang dipamerkan di dada-dada akhbar tetapi hutang piutang yang tidak mampu dibayarnya.

Sumber : politikbanjar

17 Mac, 2009

Tanda Tanda SAKA

Cikgu Lina mengajar subjek sains di sebuah sekolah Islam swasta. Beliau juga adalah setiausaha kepada pertubuhan NGO wanita Islam.

Masalah yang cikgu Lina hadapi ialah beliau tidak boleh fokus, terasa banyak perkara yang perlu diurus pada satu masa. Dia juga seorang yang pelupa dan selalu mengantuk. Tidak setakad itu cikgu juga belum dikurniakan anak walaupun telah lama berumahtangga dengan En. Amran.

Sebelum berkahwin cikgu Lina pernah dirawat di dsyifa bangi kerana masalah kesihatan seperti di atas. Beliau telah dikategorikan sebagai terkena santau.

Apabila cikgu Lina dirawat di dsyifa nur ehsan rawatan yang sama diulang dan ternyata cikgu Lina akan muntah apabila belakangnya ditepuk. Setelah berkali-kali dirawat fenomena yang sama berlaku dan cikgu akan lega sementara kemudian masalah yang sama berulang semula. Pengerusi persatuan amat gusar kerana banyak kerja-kerja kesetiausahaan tidak dilakukan oleh cikgu lina dengan baik... boleh dikategorikan hampir gagal.

Saya tukar kaedah rawatan, saya tidak lagi tepok belakangnya tetapi mengenakan jari telunjuk saya ke tapak kaki cikgu Lina, pada mulanya sukar dikenalpasti apakah cikgu dalam keadaan sedar atau telah dirasuk. saya ajak berdialog dan akhirnya saya dengan izin ALLAH berjaya berdialog dengan jin berkenaan. Bukan satu jin tetapi terlalu banyak jin-jin yang bersarang di badan cikgu Lina.

Yang menariknya semua jin adalah jin perempuan. Tua-tua belaka sehingga tak ingat umur, dari mana, apa sebab berada dalam badan...lupa! almaklomlah dah tua.

Bagi yang ingat-ingat lupa, mengatakan mereka masuk ke badan cikgu semasa cikgu di sekolah menengah lagi....at this point saya fikir cikgu disihir.

Jin-jin ini berada di semua bahagian tubuh cikgu dari kepala hingga ke kaki. Apabila ditepok ada jin yang terbatuk lalu dimanifestasi dengan muntah. saya ajak mereka keluar beramai2 then saya Islamkan secara serentak. Tapi tak semua keluar dan cikgu kelihatan teramat letih tetapi ringan badan. Rawatan saya tangguh ke minggu depan.

Rawatan seterusnya pun begitu, puluhan jin dikeluarkan...seolah-olah never ending story. Saya hentikan kerana jin yang nak keluar kata dia dah tak larat nak keluar, saya minta dia berehat , doakan agar dia sihat dan beri tanda kepada cikgu bila dia dah bersedia. Jin ini berjanji.

Seminggu kemudian cikgu Lina datang bersama suaminya. Dia kata kakinya bergerak-gerak. Ini sebagai respon yang jin ini telah bersedia untuk keluar. Saya berkomunikasi dengan jin dan dia berhasrat sangat nak keluar. saya Islamkan kemudian minta dia keluar melalui jari tangan dan kaki. Ternyata jin tersangkut... saya bantu dengan izin ALLAH mengeluarkannya. Dia pun alhamduliLLAH keluar.

Saya jangka proses dah selesai, tetapi setelah diuji rupanya ada lagi jin dalam tubuh cikgu di bahagian belakang. saya berdialog dengannya. Dia kata dia baru masuk 6 bulan dan berasal dari kelas cikgu Lina mengajar. Saya suruh dia keluar.

Disini saya simpulkan bahawa cikgu Lina ada saka. Jin saka cikgu mestilah dibereskan sebelum yang lain. Saya scan dan akhirnya berdialog dengan jin saka ini.

Jin saka cikgu Lina adalah jin perempuan berusia 1,000 tahun lebih. Dia bongkok dan tak dapat mengangkat kepalanya. Saya rawat dan akhirnya dia dapat mengangkat kepalanya. Jin ini berasal dari nenek cikgu Lina. nenek ini meninggal seusia 108 tahun!

Setelah dipujuk dan diterangkan bahawa kehadirannya tidak membantu cikgu dan usianya yang dah lanjut sepatut digunakan beribadah kepada ALLAH, jin ini setuju keluar. Ia keluar dengan penuh kepayahan. Selepas itu rawatan dapat dijalankan dengan lebih mudah.

Kenapa banyak jin pada badan cikgu Lina? Ini kerana jin saka menjemput jin-jin ini bersamanya. Kerana itu juga jin-jin ini perempuan dan tua-tua belaka.

Pengajaran:

1. Selidik keluarga anda, adakah diantara mereka yang berusia lanjut? Jika ada bagaimana semasa nak meninggal, susah atau senang? jika susah... anda perlu berhati2

2.Adakah anda ada keistimewaan seperti dapat melihat apa yang orang awam tak nampak, boleh mengurut tanpa belajar, boleh merawat tanpa pernah attend kelas rawatan? Jika ya, anda hampir pasti berpu"saka"

3. Adakah anda lambat/sukar mendapat jodoh, susah mendapat anak? jika ya...berhati2

4. Adakah anda merasai ada "benda" yang memerhatikan anda, mendengar bunyi tapi tak nampak orangnya? Kalau ya anda hampir sahih mewarisi...

Jika kesemua jawapan anda adalah Ya, yes, na'am.... tidak syak lagi kebarangkalian adalah tinggi. Pergilah berjumpa perawat Islam, jangan berlengah... tapi awas jangan jumpa tok bomoh yang sesat lagi menyesatkan.

Sumber : akrine

24 Februari, 2009

Bagaimana Membuat Orang Hormat Dengan Anda

Bagi Anda yang mahu membina kepimpinan dalam diri supaya staff Anda atau rakan-rakan sekerja hormat dengan Anda, ikuti langkah-langkah dibawah. Untuk membuat mereka ikut cakap Anda, mereka perlu kagum dengan Anda, atau segan sedikit bila terlihat Anda terlebih dahulu sebelum mereka menghormati Anda. Nak membuat orang kagum dengan Anda, cara pertama adalah:

1. Suarakan suara Anda. Tampil ke depan dan tunjukkan keberanian Anda berada di depan. Tegakkan badan, pandang mata setiap orang ketika Anda bercakap. Peralatkan peluang ketika mesyuarat, briefing, perhimpunan pagi, rapat umum atau ketika ada perjumpaan organisasi Anda. Lontarkan idea membina sebanyak mungkin.

2. Waktu kerja, kerja. Waktu berkawan, jadilah kawan. Ramai orang mencampurkan waktu untuk berkawan dengan waktu kerja menjadi satu. Kena tegur sikit di tempat kerja, merajuk banyak sampai mulut memuncung-muncung bila habis waktu kerja. Kesannya, tak bertegur sapa berhari-hari lamanya, padahal dia adalah kawan Anda sendiri. Beritahu kawan-kawan di tempat kerja Anda, yang waktu kerja, kita kerja. Be professional, bukan emosional.

Mulanya mereka akan menolak, lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri juga. Bila habis waktu kerja, minta maaf pada kawan-kawan Anda atau staff-staff Anda jika ada perbuatan Anda (atau sikap Anda) yang menyinggung mereka hari itu. Mereka akan respek Anda.

3. Gunakan diplomasi, bukan kuku besi. Jangan asyik mengomplen itu ini. Orang tak suka dikomplen. Mereka suka dihargai. Pujian membuat mereka mulai memberi perhatian pada Anda.

Pergunakan sikap diplomasi untuk Anda menarik rasa kagum mereka, kerana di dalam kekaguman ada rasa hormat. Hati-hati, jangan kerana mahu berdiplomasi, kebaikan Anda dipergunakan pula.

4. Sentuh hati mereka dengan memulakannya dari hati Anda. Sebelum tidur, maafkan kesalahan setiap orang yang Anda marah hari tu dan hari-hari sebelumnya. Maafkan habis, biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari. Amalan ini menjadikan hati Anda bersih lalu ditumbuhi emosi positif, membentuk fikiran positif dalam diri Anda.

Jika Anda pernah sakit hati atau marah sangat pada sikap mereka, lupakan selupa yang mungkin. Tekadlah untuk tidak mengingati perkara itu walaupun hanya untuk 1 saat. Jangan ingat walau sedikit.

Doakan kebahagiaan mereka. Lebih baik, doakan sepanjang masa! Ia akan menarik energi positif dari minda mereka datang bertumpu ke arah Anda.

Kesannya, tiap kali mereka berjumpa atau bertentang mata dengan Anda, mereka akan rasa tenang saja, seronok. Lama-kelamaan, timbul sikap kagum pada Anda, lalu menganggap Anda orang berwibawa.

Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita yang sakitkan hati mereka. Itu bahaya. Kita sakitkan hati orang, kita akan susah 2 kali ganda dari kesusahan mereka.

DIPETIK dari: imotivasi

02 Februari, 2009

SEMUA ORANG MAHU ANAK

ANAK ADALAH NIKMAT DAN ANUGERAH ALLAH yang besar. Lihat kisah benar dalam al-Quran mengenai isteri Imran(ibu maryam). Kisah Nabi Zakariyya yang tidak punya isterinya pula mandul. Akhirnya Hannah(isteri Imran) dan al-Ashya'(isteri Nabi Zakariyya) mengandung dan melahirkan anak. Hannah melahirkan Maryam, manakala al-Ashya' melahirkan Yahya as.


(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan ke-padaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."] Aali Imran 35

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"
. Aali Imran 38

ANAK ADALAH NIKMAT ALLAH YANG BESAR
Syukur, terima kasih ya ALlah. Sejuta kesyukuran kerana ENGKAU telah mengurniakan anak kepada ku ya ALlah.
Ttidak dapat aku menilainya dengan harta berjuta, suatu nikmat yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Terima kasih, terima kasih ya ALlah ya Tuhan ku.

ENGKAULAH PENAWAR, ENGKAULAH RACUN

Tidak ada ibu bapa yang siuman yang mahu seorang anak yang jahat
Siapa yang mahu anaknya seorang penagih dadah?
Siapa yang mahu anaknya seorang pencuri?
Siapa yang mahu anaknya seorang penentang ajaran Islam?

HARAPAN IBUBAPA
Setiap pasangan inginkan anak yang baik dan memiliki akhlak yang baik.
Pada anaknya ditumpahkan pelbagai harapan.
Ibubapa mahukan anaknya berjaya dalam semua lapangan.
Ringkas kata, kita mahukan ‘Anak Yang Soleh’ yang dapat membawa kebahagiaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Anak soleh yang mendoakan kebaikan untuk ibubapanya khususnya yang telah mati.
إذا مات أبن آدم انقطع عمله إلا من ثلاثة : صدقة جارية، وعلم ينتفع به وولد صالح يدعوله
"Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya melainkan tiga iaitu Sedeqah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang berdoa baginya."

رَبِ اغْفِرلِي ذُنُوبِي ولِوالداي وَارْحَمْهُما كَما رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Ya ALLAH! Ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa dua ibubapaku serta kasihanilah keduanya sebagaimana mereka menjagaku ketika kecil"

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَاقُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Ya Tuhan Kami ! Kurniakanlah bagi kami akan isteri/suami kami dan anak-anak keturunan kami sebagai penyejuk mata-hati kami serta jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

BERBAHAGIALAH kita semua hendaknya di dunia bersama anak-anak dan cucu-cucu, lebih-lebih lagi di akhirat.

Sumber: yusofembong

29 Januari, 2009

Puisi Hati

Salam,

Puisi ini dicipta ketika "blog hopping" ke salah satu blog kenkawan. Bersandarkan pada kenangan beliau yang lalu. Semoga lebih banyak kenangan dapat dikongsi bersama dan mencatat sejarah bagi sebuah kehidupan.

Melihat anak anak ceria bermain,
Belajar nilai asas kehidupan,
Meniti bicara mengenal dunia,
Mencipta kenangan mengukir senyuman.

Kejernihan jiwa kebersihan hati,
Sinar cahaya permata hati,
Mencermin diri membius kenangan,
Menjadi ibubapa yang misali.

Analisi diri fahami hati,
Menatap cermin sebuah kehidupan,
Menbias sinar kepada anak,
Berkongsi cereka memimpin dewasa.

Tunggak kekuatan inspirasi anak,
Berkata kecintaan hamba tuhan,
Menangisi dosa penebus neraka,
Bangun berjuang demi tuntutan Islam.

28 Januari, 2009

Erti Sebuah Keluarga dan Kekeluargaan

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga, saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati.

Kami saling melambai sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda. Lewat petang, ketika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam. Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.

Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh".

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku. Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku. Sedang aku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus datang membisik,"Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri. Tetapi bersama ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci", "Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, kau akan temui bunga-bungaan berterabur", "Itu adalah bunga-bunga dibawanya untukmu. Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu", "Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buatmu, dirimu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu".


Pada ketika itu, aku merasa amat kecil sekali. Airmataku mencurah ibarat air di kali. Senyap-senyap aku ke biliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?
Dia tersenyum, " Adik terjumpanya belakang rumah di semak"" Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang ungu".
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, ibu tak harus menjerkah kamu sebegini.
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa. Saya tetap sayang ibu melebihi segalanya.
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang bewarna ungu.

FAMILY. Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat penggantinya hanya dalam masa hanya beberapa hari?

MASYARAKAT. Adakah kamu tahu siapa yang akan menyembahyang dan mengebumikan jnazahmu apabila tibanya saat itu. Bergaul mesralah dengan masyarakat supaya mereka juga akan sama mendoakanmu.
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Sayangilah ibu dan bapa walau di mana kita berada. Ingatilah dan selalulah bertanya khabar mereka supaya anak-anak kita akan melakukan perkara yang sama kepada kita suatu hari nanti!

Dipetik Drpd: Daisy U3

21 Januari, 2009

PANTUN AURAT

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ya nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhiratpun selamat.

Dipetik dari : blog yusof embong

20 Januari, 2009

BUKTIKAN IMAN DENGAN 6 PERKARA



Al Quran menyebut 6 perkara yang MESTI dibuktikan/dilaksanakan jika kita benar-benar beriman :

1.AL YAQIN (keyakinan yang mantap)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.” Al Hujuraat : 15

2. AT TASLIM (berserah diri sepenuhnya kepada Allah)

“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan Hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.” Ali Imran :83
3. AS SAMU’ WATH THA’AH (dengar & taat bukannay dengar dan ingkar)

t”Sesungguhnya jawaban oran-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka[1045] ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami patuh". dan mereka Itulah orang-orang yang beruntung. An nuur :51

[1045] Maksudnya: di antara kaum muslimin dengan kaum muslimin dan antara kaum muslimin dengan yang bukan muslimin.

4. ITBA’UL MANHAJ (terima,ikut & laksana system Islam)

18. Kemudian kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), Maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak Mengetahui.
Al Jaatsiyah : 18

5. ‘ADAMUL HARAJ (tidak merasa keberatan menerima & melaksanakan hukum Allah SWT)

65. Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.
An nisa’ : 65

6. ‘ADAMUL KHIYARAH (tidak memilih dan membuat pilhan selain ketentuan Allah jua)

36. Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya Maka sungguhlah dia Telah sesat, sesat yang nyata. Al ahzab :36

Dipetik dari : jihadtegakislam