Memaparkan catatan dengan label kumuniti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kumuniti. Papar semua catatan

27 Oktober, 2010

Tanggungjawab Vs Dipertanggungjawabkan

Salam,

Apakah yang kita faham sebenarnya tentang tanggungjawab ? Tanggungjawab adalah sinonim dengan perkataan amanah, tanggungjawab adalah tugas yang dibebankan ke atas individu sesuai dengan kemampuan dan kebolehannya dalam melaksanakan tugas tersebut. Dalam istilah agama disebut sebagai taklif, iaitu dibebankan dengan tanggungjawab. Orang yang menerima bebanan dipanggil mukallaf. Tentu kita pernah dengar usia mukallaf ?Iaitu usia dimana seseorang itu dianggap boleh menerima bebanan, dan hal ini dikecualikan kepada mereka yang dibawah umur dan mereka ini tidak dibebani dengan tanggunjawab.

Kita dah kenal apa itu tanggungjawab, apakah sama tanggungjawab antara kita dengan individu yang lain ? Kalau dilihat pada takrifnya, tanggungjawab itu sebenarnya relatif ianya tidak sama antara individu dan individu yang lain. Contohnya tanggungjawab keselamatan, tidak mungkin kita akan meletakkan keseluruhan tanggungjawab keselamatan itu di atas kesemua bahu individu yang ada dalam sesebuah organisasi atau masyarakat, kerana sebenarnya bukan semua diantara kita mampu mengambil tanggungjawab terhadap keselamatan diri kita seumpamanya budak-budak, orang gila, wanita yang lemah, orang tua dan orang yang cacat.

Suami sebagai ketua keluarga bertanggungjawab penuh dari sudut material, rohani dan akhlak. Antara tanggungjawab utama suami ialah:

1. Menyara dan memberi nafkah terhadap ahli keluarga mereka. Khasnya memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak, terutama anak-anak yang belum mampu untuk bekerja. Sesiapa yang tidak menunaikan tanggungjawab tersebut merupakan dosa. Sebagaimana hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud.

“Cukuplah seseorang itu dikira berdosa, apabila ia membiarkan orang di bawah jagaannya (tiada nafkah).”

2. Tanggungjawab suami juga dapat dikaitkan secara langsung dengan kepimpinannya terhadap isteri dan anak-anak. Seorang suami tidak sepatutnya bertindak kasar atau zalim biarpun kadangkala anak dan isteri ada melakukan kesilapan. Sesuai dengan firman ALLAH:

“Dan jika kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka ALLAH akan berbuat demikian terhadap kamu), kerana sesungguhnya ALLAH amat pengampun lagi amat mengasihani.”

(Surah al-Taghabun ayat 14)

Maka bagaimana dengan wanita? Ia di bincangkan dibawah.

Secara lazimnya, urusan rumah tangga dan keluarga telah dipertanggungjawabkan kepada kaum wanita. Wanita melalui peranannya sebagai isteri dipertanggungjawabkan menjaga hal-hal rumahtangga seperti menguruskan makan minum, perbelanjaan rumah dan sebagainya. Selain daripada itu, sebagai seorang ibu mereka dipertanggungjawabkan untuk mendidik, menjaga, dan mengasuh anak-anak.

Tugas tugas ini sudah mulai menjadi beban kepada wanita sekiranya mereka juga perlu berkerja untuk mendapat pendapatan. Kerja-kerja urusan rumah diserahkan kepada pembantu rumah tetapi tanggungjawabnya masih diamanahkan kepada isteri. Ini akan mengakibatkan isteri semakin hari semakin hilang kemahiran mengurus rumahtangga. Ramai wanita yang bekerja dididik agar dapat mengurus kerjaya mereka dengan baik. Tetapi sebaliknya pendidikan dan keupayaan mengurus rumah tangga semakin hari semakin menjadi lemah. Apabila ini berlaku urusan rumah tangga sudah mulai terabai.

Keadaan ini sudah menjadi satu beban kepada wanita dalam memain peranannya sebagai isteri dan ibu.

14 Mei, 2009

Hutang - suatu kisah pengajaran

"Kamarul, esok result keluar." Suara Imran kedengaran di hujung corong telefon. "Kalau ada yang sangkut, habislah aku, extend 6 bulan lagilah." Nafas Kamarul seakan tersekat-tersekat apabila mendengar kata-kata Imran tadi. Kamarul berdebar-debar, dia sudah tidak sanggup lagi burning the midnight oil. Apabila keputusan keluar pada keesokan harinya, ia benar-benar bermakna bagi Kamarul.

"Alhamdulillah, aku lulus." Bagaikan arus sejuk singgah di kepalanya, dengan kelulusan itu Kamarul dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Sejak hari itu, berpuluh-puluh permohonan kerja resume dihantar ke syarikat-syarikat besar. Akhirnya dia mendapat kerja di syarikat di Petaling Jaya, sebagai eksekutif dengan gaji RM1,500. Disebabkan tiada pengangkutan awam ke tempat kerja dari rumahnya, Kamarul membuat keputusan membeli sebuah motosikal yang berharga RM 3,500. Dia kekurangan wang lalu ingin meminjam daripada ibunya sebagai wang pendahuluan dan membayar bakinya dengan ansuran bulanan sebanyak RM200 selama 3 tahun. Ibunya memberikan RM3,500 kepadanya supaya membeli motor itu secara tunai. Apabila ada masa terluang pada hujung minggu, Kamarul pergi ke pusat membeli-belah bagi bermain boling dan menonton filem.

Pada suatu hari dia diperkenalkan dengan kad kredit, selepas diberitahu dia tidak perlu membayar satu sen pun bagi memilikinya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Kamarul pun bersetuju. "Encik boleh faks satu salinan borang EA (borang pendapatan). " Lebih kurang dua minggu kemudian, kad kredit itu sampai dan dia pergi ke bank bagi mendapatkan nombor PIN kad itu. Sejak hari itu, kad itu tersimpan kemas tidak terusik di dalam dompetnya. Kini hampir setahun ia tersimpan di dalam dompet tanpa menggunakannya.

Genap setahun bekerja di Syarikat ABC, Kamarul membeli sebuah kereta. Dia sudah tidak tahan dengan kepanasan cuaca dan terpaksa berteduh di bawah jambatan setiap kali hujan lebat. Harga kereta : RM 53,000 Wang Pendahuluan: RM 1,500 Tempoh : 9 Tahun (108 bulan) Ansuran : RM 624 Sejak memandu kereta, Kamarul mula menggunakan kad kredit bagi mengisi minyak keretanya. Sekiranya dahulu, dia membayar tunai kerana RM5 cukup bagi satu tangki minyak motornya, tetapi sekarang RM50 pun belum penuh satu tangki keretanya. Kamarul membayar minyak petrol keretanya menggunakan kad kredit dan menjelaskan bilnya apabila mendapat gaji pada hujung bulan. Pernah sekali kad kreditnya tidak dapat digunakan. Selepas kejadian itu, dia memohon satu lagi kad kredit dari bank yang lain. Sekiranya salah satu kad kreditnya rosak ataupun tidak diterima, dia masih ada satu lagi kad kredit yang dapat digunakan.

Seperti biasa, setiap tahun, gajinya akan naik di antara 5 - 9%. Kini gajinya RM 2,750. "Alhamdulillah dengan umur 26 tahun, aku sudah mendapat gaji sebesar ini." Hatinya benar-benar puas. Jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Apabila sampai waktunya, semua remaja akan bersatu termasuklah Kamarul. Dia bertunang dengan Balqis dengan menetapkan hantaran kahwin sebanyak RM6,666. Semasa dalam pertunangan, Kamarul membuat satu pinjaman peribadi bagi urusan perkahwinannya. "Alhamdulillah, pinjaman aku lulus." Kamarul merasa gembira pinjaman peribadi sebanyak RM 15,000 dari sebuah bank tempatan diluluskan. Dia memerlukan duit yang banyak bagi menampung kos hantaran dan majlis perkahwinannya yang akan diadakan secara sederhana. Selepas berkahwin dengan Balqis, Kamarul membawa isterinya ke Kuala Lumpur dan mereka menyewa rumah teres setingkat dengan kadar sewa sebanyak RM 600 sebulan.

Seperti kebiasaan pada setiap pasangan baru berkahwin, terdapat banyak kekurangan yang perlu disediakan bagi keselesaan hidup berdua. Semasa bujang dia banyak menggunakan televisyen, mesin basuh dan peralatan lain yang dimiliki oleh rakan-rakan serumah. Selain daripada keretanya, harta bujangnya adalah sebuah radio. Rumah Kamarul sunyi sepi, sekiranya dahulu balik dari tempat kerja, dia dapat menonton televisyen. Tetapi kini, selepas sembahyang Isyak, mereka terus masuk tidur. Tidak sampai seminggu, dia pulang dengan sebuah TV berjenama 29 inci. Hatinya puas apabila melihat senyuman Balqis yang sedang menonton drama kegemarannya itu. Setiap hari dia terpaksa membeli lauk dan sayur-sayur kerana dia tidak mempunyai peti sejuk bagi menyimpannya. Akhirnya dia membeli sebuah peti sejuk yang besar dan selesailah sudah satu lagi masalahnya. Semasa bujang, dia menghantar pakaiannya ke kedai dobi, kini pakaiannya dibasuh di lantai bilik air yang sempit. Tidak tahan dengan keadaan itu, dia membawa pulang sebuah mesin basuh automatik yang dapat memuat muatan sehingga 7 kilogram. "Sayang, comforter pun kita boleh basuh dengan mesin ini, tidak payah lagi hendak hantar kedai dobi." Kamarul memberitahu isteri kesayangannya. "Mana abang dapat duit beli semua ini? Abang dapat bonus, ya?" tanya si isteri. Kamarul menjawab sambil tersenyum, "Alah, abang ambil di Court, bayar ansur-ansur. " "Kalau macam itu, boleh tak abang ambil microwave satu, senang lauk sejuk boleh kita panas, tahan lama sikit, tak payah buang." Balqis meminta. "Yelah sayang, nanti hujung minggu ini kita pergi ambil." Setiap kali ada jualan murah, Kamarul mengambil kesempatan membeli barangan dengan harga yang murah.

Kamarul sudah tidak lagi membayar semua perbelanjaannya melalui hutang kad kredit. Dia hanya membuat bayaran minimum kad kredit setiap kali menerima gaji. Pada masa ini dia sudah mulai mempunyai hutang kad kredit. Semasa di tempat kerja, seorang rakan menegur, "Kamarul, engkau sudah buka e-mel?", tanya si Man. "Kenapa Man? Boss declare bonus ke ?". Biji mata Kamarul hampir terkeluar apabila membaca e-mel daripada pihak pengurusan yang tertera 2.5. Dalam hatinya. "Ni bukan 1 bulan tapi 2.5 bulan." Muka Kamarul berubah berseri-seri . "Wow, banyak ni, orang kaya barulah kita." Sejak duit bonus sudah masuk ke dalam akaun semalam, Kamarul tidak dapat duduk diam. Dia asyik terkenangkan duit bonus itu. Akhirnya dia menjual keretanya dan membeli kereta 1.6 Automatik. Seperti biasa, bayar duit pendahuluan serendah yang mungkin dan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga maksimum. Enam bulan selepas berkahwin, Kamarul membawa isterinya ke klinik pakar. Betapa gembiranya apabila doktor memberitahu isterinya mengandung. Setiap bulan Kamarul membawanya ke klinik pakar bagi memastikan kesihatan kandungan isterinya. Klinik ini menerima pembayaran melalui kad kredit.

Apabila sampai waktu bersalin, Kamarul memilih hospital swasta demi keselesaan isteri tercinta melahirkan zuriatnya yang pertama. Dia mengambil pakej tiga hari dua malam yang berharga RM 2,500 bagi bersalin secara normal. Akhirnya isterinya melahirkan anak lelaki yang comel seberat 3.2 kilogram melalui pembedahan Caesaran. Kamarul menggunakan salah satu kad kreditnya bagi membayar kos hospital yang berjumlah RM4,863.50. Daripada lampin sehinggalah ke susu, semuanya berjenama dan berkualiti demi puteranya pewaris keturunan. Kamarul berjaya mendapat kerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat gergasi dengan gaji permulaan RM3,900.

Bagi meraikannya, dia membawa isteri dan anaknya makan besar di sebuah restoran makanan Jepun. Pembayaran dibuat dengan menggunakan kad kredit berjumlah RM 258.70. Sudah tujuh tahun dia tinggal di rumah sewa dengan isteri dan anaknya. Sudah tiga kali dia berpindah, dari rumah teres setingkat tiga bilik sehinggalah rumah teres dua tingkat empat bilik. Daripada sewa RM 600 sehinggalah kini dia membayar RM1,000 sebulan. Terdetik juga di hatinya, "Sampai bila aku nak hidup dengan menyewa?" Dia pergi ke bank menanyakan jumlah pembiayaan bagi sebuah rumah teres satu tingkat yang berharga RM 130,000. Alangkah terkejutnya apabila mendapati dia layak membuat pinjaman membeli rumah yang cantik, besar dan mahal. Apa lagi, dia pun membeli sebuah rumah teres dua tingkat berharga RM 176,000 dengan ansuran sebanyak RM1,233 selama 30 tahun. Semasa rumah sedang dalam pembinaan, dia membayar RM 700 sebulan bagi faedah selama dua tahun.

Akhirnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian, pihak pemaju perumahan menyerahkan anak kunci rumah idamannya tiga bulan lebih awal daripada yang termaktub dalam perjanjian jual beli. Banyak juga barang yang tidak dibawa bersama ke rumah baru ini. Peti sejuk, mesin basuh dam sofa yang sudah usang tidak terkecuali disenaraikan dalam barangan yang akan dibuang. Kamarul dan Balqis ingin memastikan mereka sekeluarga berpindah ke rumah baru dengan gembira dan selesa. Apa tidaknya, daripada sofa sehinggalah katil anak-anaknya, semuanya baru. Dengan 'Skim Bayaran Mudah', Kamarul dapat mengambil barangan bernilai hampir RM 15,000 dan hanya perlu membayar RM 419 setiap bulan secara ansuran selama 5 tahun. Harga barang asyik meningkat, belum cukup bulan duit sudah habis.

Bermula pada saat itu, Kamarul mula berjinak-jinak dengan kad kredit. Sekiranya dahulu kad kredit digunakan bagi membayar petrol kereta, kini bayaran servis kereta, bil telefon, bil elektrik sehinggalah barangan dapur semuanya dibayar dengan kad kredit. Setiap kali mendapat gaji, Kamarul memastikan pembayaran minimum dibuat bagi setiap kad kredit yang dimilikinya. Kamarul dan Balqis sangat gembira semasa menyambut kelahiran anaknya yang keempat. Akhirnya Kamarul menukar lagi keretanya dengan membeli sebuah MPV yang berharga RM 100,000 lebih. Memang cantik, besar, selesa, dan kuasa enjinnya pula adalah 2.5cc. Dia menggunakan duit lebihan dari kereta 1.6 Automatiknya yang dijual. Ansuran bulanan hanyalah RM1,271 bagi tempoh 9 tahun. Lagipun dia baru menerima kenaikan gaji sebanyak 5% (gaji baru RM4090).

Pada suatu hari, berita memaparkan kenaikan minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol. Perbelanjaan petrolnya sudah meningkat tetapi tidak dirasainya kerana pembayaran dibuat menggunakan kad kredit. Sehingga kini, dia masih tidak tahu berapa jumlah yang dibelanjakannya bagi minyak keretanya setiap sebulan. Dari hari ke hari, hutang Kamarul semakin meningkat disebabkan semua perbelanjaan dicajkan kepada kad kredit. Dia pula hanya membayar dengan bayaran minimum dan juga dikenakan dengan kadar faedah yang tinggi. Hutang semakin bertambah dan kini sudah setinggi gunung. Dia sudah tidak mampu mengira jumlah hutang sekarang. Lalu datanglah idea memotong separuh daripada hutangnya. Pinjaman perumahan yang sudah tinggal RM 90,000 dibiayai semula.

Harga pasaran rumah itu pada masa ini adalah RM 280,0000. Dia mengambil pinjaman sebanyak RM 240,000 dan menyelesaikan pinjaman perumahan di bank lama sebanyak RM 90,000. Baki RM130,000 digunakan membayar hutang kad kredit, skim bayaran mudah, pinjaman peribadi dan kereta. Duit selebihnya digunakan bagi mengubahsuai rumahnya. Dia menyangkakan membuat keputusan yang bijak. "Aku sudah membuat keputusan yang bijak, semua hutang aku bayar. Cuma hutang rumah bertambah sikit, ansuran tinggi sikit, tempoh ansuran bertambah sikit dan kadar faedah (keuntungan) yang dikenakan sikit sekiranya dibandingkan dengan dahulu, semuanya sikit-sikit sahaja." Kamarul mengelamun seketika sambil menghirup kopi panas di kawasan beranda rumah yang sudah diubahsuai. Jangan lupa sikit-sikit lama-lama jadi bukit... . Kamarul terjebak semula dengan hutang kad kredit. Dahulu dia merasakan dialah pengguna yang bijak, rupa-rupanya pengguna yang sudah dipijak.

Kini hampir setiap hari dia diganggu oleh panggilan daripada bank yang memintanya membayar ansuran yang tertunggak. Bagaimana dia hendak bayar, sekiranya hutang bagi satu kad kredit sudah mencapai beribu-ribu ringgit. Dia pula memiliki enam kad kredit. Belum lagi dicampur dengan hutang sofa, katil dan lain-lain yang diambil dengan skim bayaran mudah. Ia sudah pun tertunggak selama dua bulan. Pulang dari kerja, dia dikejutkan lagi dengan surat-surat hutang. Kandungan surat itu memintanya menjelaskan hutang dalam masa 14 hari ataupun mereka akan mengambil tindakan saman.

Segala simpanannya dikeluarkan bagi mengelakkannya menerima surat saman. Ada kalanya dia terpaksa menangguhkan bayaran ansuran rumah supaya dapat menjelaskan ansuran kad kredit yang sudah tiga bulan tertunggak. "Abang, susu Aiman sudah habis." Balqis berkata pada suatu hari semasa Kamarul pulang dari pejabat. "Kenapa Balqis tidak beritahu awal bulan, sekarang mana abang ada duit!" Dalam poket seluarnya hanya ada RM3, dalam bank RM 16.42. Dia terpaksa mendapatkan bekalan susu di pasar raya yang menerima pembayaran melalui kad kredit. "Ah, lega... kad kredit diterima" katanya sambil matanya tertumpu pada mesin pembaca kad kredit. Sampai sahaja di rumah telefon bimbitnya berbunyi. Balqis bingung mengapa Kamarul tidak menjawab panggilan itu. "Abang, telefon tu, kenapa tidak angkat?" tegur Balqis. "Biarlah, orang yang menguruskan kad kredit tu. Sudah pukul 7 malam pun masih nak bekerja, susahlah kalau macam ini." "Sudahlah sehari suntuk bank menelefon bertanyakan ansuran kereta yang dua bulan tertunggak. Bukan aku tidak mahu bayar, tetapi duit bulan ini sudah habis, tunggulah bulan depan," hatinya berbicara. "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

" Begitulah nasib Kamarul. Sehingga kini, sudah tiga kali dia naik turun mahkamah. Hutang kad kreditnya sahaja sudah mencapai berpuluh-puluh ribu ringgit, tetapi gajinya masih di takuk lama. Kini hanya tinggal satu kad kredit sahaja yang dapat digunakan. Semua keperluannya terpaksa dibayar melalui kad kredit. Faedah yang perlu ditanggung lebih daripada RM500 sebulan itu belum dicampur pokok yang perlu dibayar. Dia merasa takut apabila dilanda musibah kerana tidak mempunyai duit simpanan. Apabila keretanya rosak, dia tidak dapat menggunakan kad kredit kerana semua kad kreditnya sudah hampir mencapai had maksimum.

Dia terpaksa menangguhkan pembayaran ansuran rumah dan kereta dan menggunakan duit gaji itu bagi membaiki keretanya. Kemalangan, kena saman, kereta rosak, anak masuk wad, ahli keluarga sakit dan insurans kereta tamat adalah perkara-perkara yang mampu membuatkan dirinya tertekan. Kini, satu-satunya kenderaannya baru sahaja ditarik. Bagi mengurangkan kos, dia menghantar anak dan isterinya balik ke kampung buat sementara waktu. Sebenarnya dia tidak sanggup berpisah dengan mereka tetapi dia terpaksa. Dia sudah mendapat notis dari bank bagi mengosongkan rumah kerana ia akan dilelong.

Di kala Kamarul memerlukan sokongan daripada orang yang tersayang, dia diuji lagi dengan ujian yang besar. Isterinya memohon cerai kerana tidak tahan dengan keadaan hidup mereka yang semakin susah. Dia sudah tidak mampu memberi keperluan zahir kerana duit gajinya terpaksa digunakan membayar hutang-hutang itu. Dipendekkan cerita, pada 23 Ogos yang lepas, dia diisytiharkan muflis. Dia berasa sangat malu melihat namanya terpampang di dada akhbar-akbar tempatan. DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA DALAM KEBANKRAPAN NO X-XXXX-XXXX BER: SI POLAN BIN SI POLAN (NO. K/P XXXXX-XX- XXXX) ... .Penghutang EX-PARTE: XYZ BANK BERHAD ... ... ... ..

Habis semua harta Kamarul dilelong bagi membayar balik segala hutangnya. Selepas rumah dan keretanya dijual, dia masih berhutang sebanyak RM 45,000. Kamarul berasa sangat tertekan. Dia merintih, "Mana aku hendak letak lagi muka aku ini, nama aku sudah tidak ada nilai lagi. Sekiranya dahulu dunia ini satu pinjaman, maka aku pinjamlah. Tetapi, kini aku sudah tidak ada apa-apa lagi. Hidup aku porak-peranda kerana hutang. Oh, malangnya nasibku, seorang yang mempunyai ijazah tetapi akhirnya kecundang. Tetapi kenapa yang banyak kecundang adalah orang yang berpendidikan tinggi seperti aku ? Harga diri aku sudah tergadai." "Wahai cucuku, setiap yang lahir ke dunia ini dimuliakan oleh Tuhan dengan maruah. Tetapi yang menjatuhkan dan menggadaikannya adalah kita. Tuhan tidak pernah ingin perkara yang tidak baik kepada kita, hanya kita yang menghancurkan diri kita. Bertaubatlah, sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan pengampun." Suara seorang tua berpakaian serba putih yang muncul dalam mimpi semalam masih terngiang-ngiang di corong telinga Kamarul. Ketika ini terdengar di corong telinga Kamarul. "Roh seorang Muslim... " "Ya Allah, janganlah ambil nyawaku pada masa ini. Aku benar-benar takut sekiranya Tuhan mengambil nyawa aku pada masa ini kerana aku mungkin menjadi muflis di dunia dan akhirat." Hidup aku Porak Peranda Keranamu Hutang !

Sinopsis Kewangan Kamarul ( Melalui 4 Fasa):

Fasa 1
Kais sebulan makan sebulan setengah. Sekiranya dahulu, pendapatan dan perbelanjaan Kamarul dapat diibaratkan 'Kais bulan makan sebulan setengah'. Tetapi selepas setahun di alam pekerjaan, Kamarul mengorak langkah dengan meningkatkan satu demi satu perbelanjaan tetap seperti ansuran kereta. Pada masa ini, Kamarul dapat menyimpan sebahagian daripada duit gajinya setiap bulan. Dia tiada hutang lain kecuali keretanya.

Fasa 2
Kais bulan makan bulan. Selepas dua tahun, akhirnya Kamarul diibaratkan 'kais bulan makan sebulan'. Gaji bulanannya hanya cukup membayar perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan melalui kad kredit yang semakin bertambah. Pada masa ini Kamarul tidak mampu lagi menyimpan kerana duit gajinya yang diperuntukkan bagi menyimpan telah dikikis oleh hutang kad kredit. Dia membayar balik segala perbelanjaan yang dibeli melalui kad kredit pada setiap bulan. Hutangnya pada masa ini adalah kereta dan rumah.

Fasa 3
Kais bulan makan setengah bulan. Tanpa menyedari hakikat yang satu malapetaka yang teramat besar akan menimpanya tidak lama lagi, dia masih berbelanja tanpa membuat sebarang perancangan. Pada masa ini pendapatan bulanannya hanya mampu menanggung kos perbelanjaannya bagi setengah bulan manakala baki separuh lagi gajinya digunakan bagi membayar ansuran hutang. Dalam masa yang sama, dia terpaksa berhutang bagi separuh daripada keperluan yang tidak mampu dibayarnya dengan tunai. Akibatnya hutang kad kreditnya bertambah dari hari ke hari. Sekiranya dia memilih melambatkan pembayaran hutangnya, surat saman akan sampai kurang daripada tujuh hari. Ini kerana hampir semua ansuran hutangnya tertunggak 2 bulan.

Fasa 4
Kais bulan boleh makan seminggu. Sekarang Kamarul benar-benar di persimpangan, ¾ daripada gajinya digunakan bagi membayar ansuran minimum ataupun yang sudah tertunggak 3 bulan. Hanya tinggal suku daripada gajinya bagi makan, minum, pakai dan memenuhi keperluan asas yang lain. Gaji masuk setiap 28 haribulan. Pada 29 haribulan, duit dalam akaun sudah tinggal RM 78.42. Pada masa ini, Kamarul diwartakan sebagai muflis. Bukan kebaikannya yang dipamerkan di dada-dada akhbar tetapi hutang piutang yang tidak mampu dibayarnya.

Sumber : politikbanjar

28 Januari, 2009

Erti Sebuah Keluarga dan Kekeluargaan

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga, saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati.

Kami saling melambai sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda. Lewat petang, ketika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam. Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.

Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh".

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku. Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku. Sedang aku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus datang membisik,"Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri. Tetapi bersama ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci", "Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, kau akan temui bunga-bungaan berterabur", "Itu adalah bunga-bunga dibawanya untukmu. Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu", "Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buatmu, dirimu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu".


Pada ketika itu, aku merasa amat kecil sekali. Airmataku mencurah ibarat air di kali. Senyap-senyap aku ke biliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?
Dia tersenyum, " Adik terjumpanya belakang rumah di semak"" Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang ungu".
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, ibu tak harus menjerkah kamu sebegini.
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa. Saya tetap sayang ibu melebihi segalanya.
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang bewarna ungu.

FAMILY. Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat penggantinya hanya dalam masa hanya beberapa hari?

MASYARAKAT. Adakah kamu tahu siapa yang akan menyembahyang dan mengebumikan jnazahmu apabila tibanya saat itu. Bergaul mesralah dengan masyarakat supaya mereka juga akan sama mendoakanmu.
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Sayangilah ibu dan bapa walau di mana kita berada. Ingatilah dan selalulah bertanya khabar mereka supaya anak-anak kita akan melakukan perkara yang sama kepada kita suatu hari nanti!

Dipetik Drpd: Daisy U3

23 Januari, 2009

Tag By Mdm Principal

1. How has 2008 been for you in a nutshell?

A lot of good and sad memories. May it be a other step for mee to be a good muslim. Insyaallah

2. Apart from your family members, name one person who has made you happy in 2008.

I have meet again along long lost friend. She is now a mother of 3 children. I was one of her "saksi" during her "nikah". And her family members still remember me.

3. Do you feel you are better off, or worse off, in 2008 than you were in 2007?

Yes I do feel better off in 2008 then 2007. A lot of new friends and I'm now a Blogger.

4. Where was the best holiday trip for you in 2008?

To Cambodia with my wife Company trip

5. Name three positive things that you have achieved in 2008.

1. Started this blog
2. Bringging myself nearer to Allah
3. Meet new friends with new idea


6. Name the best movie you saw in 2008.

WAYANG

7. Name five friends that you have made in 2008.

Ehmm alot, from SU.Net, Friendster, Facebook, Blogger & Myspace


8. What New Year’s resolutions for 2008 that you have not achieved?

None

9. What would your New Year’s resolutions for 2009 be?

Getting Better to know Allah, Rasullah & Comunity around

10. Name 5 people you would like to tag.

You know who you are. Just answer the tag. Jangan memalu. kalau tulis nama nanti tak ikhlas lak. hehehehehe

19 Januari, 2009

Award dari kenkawan



Award ini saya dapat dari En.Zam dan Zeimah. Syarat asalnya menyenaraikan 10 rakan blog untuk menerima anugerah ini. Oleh itu saya menganugerahkannya pada semua yang baca blog ini.

Sememangnya pembaca semua harus menerima anugerah ini kerana sokongan kalian. terima kasih saya ucapkan.

09 Januari, 2009

Apakah Itu Bertapa,Uzlah,Suluk,Khulwah

Kena cukup ilmu sebelum bertapa

Soalan :
Apakah hukum seseorang Islam yang membuat keputusan untuk bertapa di tempat sunyi dalam tempoh tertentu untuk meningkatkan ilmu pertapaan dan mendalami perkara ghaib.


Jawapan:
Bertapa, suluk, uzlah dan khulwah adalah satu perbuatan yang bermaksud bersunyi-sunyian di satu tempat yang jauh dari keluarga dan masyarakat dalam tempoh yang tertentu. Ulama Islam mempunyai pendapat yang berbeza dalam hal ini. Kebanyakan mereka yang zuhud menyatakan uzlah itu lebih baik dari bermasyarakat dengan membawa hujah dari hadis Rasulullah SAW yang diceritakan oleh Uqbah bin Amir R A yang bermaksud "Aku bertanya "Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk selamat? Sabda baginda: Peliharalah lidahmu, diamilah rumahmu dan tangisilah dosa-dosamu (at-Tirmizi)

Hujah golongan kedua pula ialah hadis Nabi SAW yang bermaksud "Seseorang mukmin yang hidup bergaul dengan orang ramai dan bersabar atas kerenah mereka, lebih baik daripada yang tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak bersabar atas kerenah mereka (at-Tirmizi)


Uzlah ini ada kebaikan dan ada keburukannya seperti dapat menumpukan sepenuh masa kepada ibadat dan merasai nikmat munajat kepada Allah SWT. Dapat melepaskan diri dari empat jenis maksiat yang timbul hasil dari pergaulan iaitu mengumpat, tidak menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran, riya' dan terpengaruh dengan akhlak buruk tanpa disedari. Dapat menyelamatkan diri dari fitnah dan permusuhan jika berlaku perselisihan pendapat antara beberapa golongan masyarakat. Bebas dan selamat dari kejahatan manusia seperti perasaan dengki, sakit hati orang lain. Tetapi jika seseorang itu bertapa atau beruzlah dengan ilmu syariat masih belum mantap atau dia seorang guru yang perlu mengajar penuntut, maka uzlahnya adalah sesuatu kerugian kerana tidak dapat belajar atau mengajar ilmu itu. Orang beruzlah juga tidak dapat mengambil manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain atau mendidik diri sendiri dan orang lain iaitu mendapat pahala untuk diri sendiri serta membantu orang lain mendapat pahala.

Adab beruzlah antaranya ialah mempunyai niat menghalang kejahatan terhadap orang lain dan menyelamatkan diri dari kejahatan orang lain. Sentiasa dalam keadaan berilmu, beramal dan berzikir serta berfikir ketika beruzlah. Berpada dengan kehidupan sederhana. Bersabar dengan kerenah manusia sama ada masyarakat memuji atau mengejinya atas tindakan dilakukan itu. Mempunyai teman soleh untuk menemani dan memberi sokongan sepanjang masa beruzlah. Dan akhirnya apabila berasa sepi kerana beruzlah, maka ia perlu banyak mengingati mati.
Kesimpulannya, pengertian dan pelaksanaan bertapa, beruzlah, bersuluk, berkhulwah di dalam Islam amat berbeza dengan pengertian masyarakat Melayu masa kini apatah lagi jika aktiviti bertapa itu dilakukan oleh golongan yang menghendaki sesuatu yang ghaib atau mahu menguji ilmu yang ada padanya. Oleh itu, masyarakat perlu berhati-hati terhadap persoalan ini, menggunakan konsep dan istilah agama tetapi sebenarnya tidak mengikut kaedah sebenar yang dikehendaki oleh syarak.

08 Januari, 2009

Tugas Seharian

Assalamualaikum,

Setiap 5 atau 6 hari, kita akan keluar dari rumah dengan niat untuk bekerja. Mencari rezeki demi diri dan keluarga. Dengan pelbagai tanggungjawab dan kemahiran, kita keluar dari rumah di pagi hari dan pulang kerumah lewat petang. Kadang kadang, kita akan kerja lebih masa hingga ke malam hari.

Jarak pejabat dari rumah, menjadikan kita melabur masa di jalan raya. Sebelum kita sampai ke pejabat, kita telah dibelenggu dengan stress di atas jalan.

Di pejabat, stress itu bertambah dengan bebanan kerja. Dari banyak faktor kita di belenggu stress. Namun sejauh mana anda menangani stress itu?

Apa pun cara anda menangani stress, diharap usah kita lupa tujuan kita di dunia. Tujuan asal kita sebagai khalifah di bumi. Tak salah mengunakan segala hasil bumi, namun dengan penuh berhikmah.

Pasang niat di hati, pahatkan betul betul agar ia tidak hilang. SEGALA USAHA SAYA PADA HARI INI KERANA ALLAH, agar ia menjadi suatu ibadah.

02 Januari, 2009

TAG Daripada Suealeen 2

Assalamualaikum...

Ini menjawab TAG dari Suealeen yang ke 2. Sengaja di asingkan kerana kesuntukan masa pada yang pertama.

Soalan: Nyatakan 5 kedai yang anda pantang jumpa mesti nak masuk dan beli barang.

1. Stesen Minyak - Mesti masuk pasal nak isi minyak. Siapa nak tolong beli minyak kalau "kering" tengah jalan.
2. MPH @ Popular - Mencari bahan bacaan bersiri untuk anakanda dan walidnya
3. Kenny Rogers - Menghidupkan suasana ROMANTIK, kenangan takala bercinta, bertunang dan kehidupan kini.
4. Kiose popcorn di panggung wayang - Dah macam kebiasaan lah pulak sebelum masuk panggung
5. Kedai pakaian - tidak kira dimana dan apa jenama pun, wife saya akan beli untuk keperluan keluarga

Do you think you’re hot ? Yes, during my bachelor years. Jejaka Idaman Malaya. Bukan sahaja anak dara, malah mak dara pun terpikat juga. hehehehe...

Upload your favorite picture of you!



Why do you like that picture? Di sini dapat dilihat salah satu anugerah Allah di bumi Cambodia.

When was the last time you ate pizza ? Hari Ahad yang lalu. Wife saya yang buat. Macam macam topping dia letak. Kesedapannya hingga anakanda memintanya beberapa kali untuk dibuat.

The last song you listen to? Hijjaz - Selimut Putih

What are you doing right now besides this ? - Working

What name would you prefer besides yours? - Nur Ain Qistina

People to tag :

1) Lilis
2) Inabu
3) Zmah
4) Niena
5) Madam Principal

Who is number one ? - My best friend

Number three is having a relationship with? - Her Husband

Say something about number five? - She is the principal of a pre-school and an active blogger

How about number four? - Getting married next month, if not mistaken on 24th January 2009. So I wish her " selamat di kendurikan "

Who is number two? - one of my wife best friend in TI Penang and UTM KL.

Althought I never introduce myself to Madam Principal , but I always see her around Saujana Utama.

31 Disember, 2008

TAG Daripada Suealeen 1

1. The rules of the game get posted at the beginning

2. Each player answers the questions about themselves

3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog

Name : Zulsa @ Ahmad Faizul Bakti

Sisters : 3

Brothers : 1

Shoe size : 9/10 bergantung pada jenis kasut dan kesuaian pada kaki

Height : 175 cm

Where do you live : Saujana Utama, Sungai Buloh

Have you ever been on a plane : Yess, semasa pesawat di udara dan di darat. kerana bekerja di syarikat pembaikpulih pesawat.

Swam in the ocean : yes, tetapi tak beberapa cekap

Fallen asleep at school : Yess

Broken someone’s heart : Maybe

Fell off your chair : Yess

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Maybe during bachelor time

Saved e-mails : Yess

What is your room like : Nice

What’s right beside you: chair & table

What is the last thing you ate : Nasi & Gulai Ikan Bawal

Ever had…
Chicken pox : Yess
Sore throat : Yess
Stitches : Yess at my lips & dagu
Broken nose : No

Do you Believe in love at first sight : Yess

Like picnics : Yess.

Who was/were…
The last person you danced with : Can't remember

Last made you smile : Reading my friends tagging me.

You last yelled at : Can't remember

Today did you…

Talk to someone you like : Yess

Kissed anyone : Yess

Get sick : Yess

Talk to an ex : May be 10 years ago

Miss someone : All my best friends that I lost contack

Who do you really hate: None

Do you like your hand-writing :Maybe

Are your toe nails painted : Nope

Whose bed other than yours would you rather sleep in : Faris Zakwan ( my Son)

What color shirt are you wearing now : Light Blue, my company uniform

Are you a friendly person : I’m not a naturally friendly person, tapi boleh jadi friendly jika keadaan bersesuaian

Do you have any pets : Yess, few fish

Do you sleep with the TV on : Nope

What are you doing right now : Working

Can you handle the truth : Yess

Are you closer to your mother or father : None of them

Do you eat healthy : Nope

Do you still have pictures of you & your ex : Yess.. in my photo album

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : I will better be alone.

Are you loud or quiet most of the time : Quiet

Are you confident : Yess

5 things I was doing 10 years ago
1. Dating
2. Travelling from state to state either by bus, bike or plane
3. Knowing internet and being edicted to it
4. Getting married
5. Becaming a father of a handsome son

5 things I would do if I were a billionaire
1. Bayar hutang
2. Menunaikan haji bersama keluarga terdekat
3. Menbantu mendirikan pondok dan madrasah Islam
4. Menyumbang kepada masyarakat setempat dgn pendekatan Islam
5. Berbudi pada tanah

5 of my bad habits
1. Bertenet
2. Gigit kuku
3. Cepat meleka tentang sesuatu
4. Suka goyang kan kerusi masa duduk
5. Bangun awal pagidan tengok tv

5 places I’ve lived/living
1. Kampung Baru, KL
2. Shah Alam
3. Sungai Buloh
4.
5.

30 Disember, 2008

JMB - Penerangan daripada PKNS

Assalamualaikum...

Saya melayari internet dan berjumpa beberapa blog dan laman web yang membincangkan tentang Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) .

Dibawah adalah sedutan penerangan yang saya sunting dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Semoga ia memberi sedikit sebanyak penerangan asas.

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. PKNS sebagai pemaju akan menubuhkan JMB di Apartmen/Pangsapuri/Rumah Pangsa Kediaman Tuan/Puan.

SOALAN 1: Apakah Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
JAWAPAN 1: Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ialah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.

SOALAN 2: Kenapa perlunya JMB?
JAWAPAN 2: Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan Pemaju untuk menubuhkannya sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.

SOALAN 3: Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
JAWAPAN 3: Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.

SOALAN 4: Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
JAWAPAN 4: Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Singking Fund.

SOALAN 5: Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
JAWAPAN 5: Ahli-ahli JMB atau dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC ialah Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.

SOALAN 6: Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
JAWAPAN 6: Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.

SOALAN 7: Bagaimana Ahli JMC dipilih?
JAWAPAN 7: Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.

SOALAN 8: Siapakah yang layak mengundi?
JAWAPAN 8: Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.

SOALAN 9: Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
JAWAPAH 9: Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.

SOALAN 10: Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
JAWAPAN 10: Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

SOALAN 11: Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
JAWAPAN 11: Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.

SOALAN 12: Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
JAWAPAN 12: Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.

SOALAN 13: Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?
JAWAPAN 13: Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.

SOALAN 14: Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?
JAWAPAN 14: Jika selepas 1 jam tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

Persiaran Barat, Off Jalan Barat
46505 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-7957 5066/7957 4144 • Faks: 03-7957 5250/7594 5271
E-mel: general@pkns.gov.my
Laman Web: www.pkns.gov.my

04 Disember, 2008

Kena TAG - 1st time

Assalamualaikum...

Entah macamna aku kena TAG lak.. so mahu tak mahu.. kena jawab gak TAG nie. Kena TAG dari Adinda ZMAH. Oleh kerana zmah adinda tersayang, maka abang terpaksa lah jawab seperti di bawah :

Who was the last girl you talked to?
>> My Wife : Nor Haslinda Binti Othman <<

Who was the last guy you talked to?
>> My staff in the office : Mohd Farhan <<

How do you handle stress?
>>
Appreciate Nature and Zikr <<

Do you think best friends can be replaced?
>> Nop. Because it is hard to get BEST FRIENDS. <<

Who was the last person did u call?
>> My Wife <<

What does the oldest text message in ur inbox say?
>> Ya Allah, Ya Rabbi Ya Tuhan Kami, Muliakan dan Sayangi Sahabatku Yang Sedang Membaca Mesej Ini. Rahmatilah Keluarganya, Sihatkan Tubuh Badannya, Berkatilah Rezekinya, Kuatkan Imannya. Berikan Dia Kenikmatan Ibadah, Jauhkan Dari Fitnah dan Bala Musibah. Suburkan Benih KEISLAMAN Pada Dirinya dan Zuriat Keturunannya serta Masukan Dia Dalam Syurga MU Tanpa Hisab. Ameen Ameen Ya Rabbal A'lamin <<

What was the last song you sang out loud?
>> Berita Kepada Kawan - Ebiet G Ade <<

Who was the last person to message you?
>> My Wife <<

What time did u go to bed last night?
>> 2100 hrs <<

What book are you reading recently?
>> Departmental Manual <<


Who gives you the best advise?

>> My AUNTY <<

Do you eat whipped cream straight from the can?
>> Nope <<

What was the last thing to make to make you laugh?
>> answering stupid question <<

What is the color of your room?
>> Light Ocean Blue <<

Do you believe in the saying "talk is cheap"?
>>
"Talk is cheap" is basically an idiom that refers to talking about something vs. actually doing it. It takes virtually no effort to talk about something but doing something about the idea is another subject entirely. My answer is NO <<

What are you listening to right now?
>> Ghazal Untuk Rabiah - M.Nasir & Jamal Abdilah<<

Are you talking to anyone while doing this?
>> No <<

What always makes u smile?
>> When remembering good old days <<


Are you blond?

>> NO <<

What are you doing after this?
>> Going home <<

Were you happy when you woke up today?
>> Yes due to I have a good sleep <<

Last person you ate with?
>>
My Wife <<

What were you doing at 8.00 this morning?
>> On the way to work <<


What were you doing in last 30 minutes?

>> Surfing the internet <<

What was something that happened to you in 1998?
>> Still Bachelor <<

If you were stranded on an island with the person you hated and without food?
>> Kill him or her and make it the food. Or could I ? <<

When someone catches your eyes, do you try to make an eye contact or avoid it?
>> Depends to a person who I meet. <<

What color is your comp/laptop?
>> BLACK. <<


What was the last thing you bought?

>> Can Drinks. <<

How do you know when ur in love?
>> When there i am Married <<

The person you want to tag to do this thing?
>> All My Friends in the Blog Listing <<

15 Julai, 2008

Keperluan dalam Berkeluarga

Assalamualaikum,

Saya sering terfikir bagaimana dulu keluarga kita, tahu tentenag keperluan dalam keluarga. Mereka agak jauh dari menerima ilmu dari buku apatah lagi Internet. Mungkin mereka sering berpesan pesan antara satu sama lain. Itu andaian saya.

Hampir semua dari kita merupakan ahli sebuah keluarga. Tanpa mengira dimana kedudukan kita, sama ada sebagai bapa, ibu mahupun anak. Di masa yang sama, sebagai ahli masyarakat kita mempunyai peranan lain untuk dipenuhi. Namun seringkali keperluan keluarga kurang mendapat perhatian. Walaupun keperluan material ahi keluarga mampu dipenuhi dengan agak mudah, tidak demikian keadaannya dengan keperluan emosi mereka. Ketidakseimbangan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah di dalam keluarga tersebut.



Untuk Memenuhi keperluan emosi keluarga ini, konsep masa berkualiti disarankan. Walaupun saranan ini telah lama kita dengar, namun masih ramai yang keliru tentang konsep ini. Akibatnya, ia disalahgunakan atau gagal mencapai matlamat yang diinginkan.




Berusaha untuk mencukupkan keperluan meterial ramai yang kata mudah. Selagi ada rezeki berusahalah. Namun emosi dalam keluarga bagaimana pula. Banyak bahan di luar sama boleh kita beli dan baca, namun bersesuaikah ia pada keluarga kita. Bak kata org, tak cuba tak tau. Maka kita ada pelbagai cara, sama ada dalam sudut interlekcual atau Islam.

Kita boleh mengambil contoh masa berkualiti Rasulullah s.a.w. dengan isteri-isteri Baginda, anak anak Baginda dan cucu cucu Baginda. Rasulullah s.a.w sebagai kelua negara pastinya sibuk namun Baginda telah dipimpin oleh Allah sebagai penunjuk contok bagi kita.




Dekatkan diri kita pada Allah. Bermohon pada Yang Maha Esa panduan dan jalan yang boleh membantu kita. Sambil berusah mendekatkan diri pada majlis majlis ilmu, tak kira di surau mahupun di pejabat.

Kesibukan diri bukan alan untuk menuntut ilmu. Mengetahui keperluan emosi keluarga, memudahkan kita mendalami keprluan keluarga. Keperluan yang tidak semestinya meterial. Suatu yang sering kita abaikan tak kira sengaja atau tidak.

04 Julai, 2008

Sabar Dalam Menghadapi Ujian

Assalamualaikum,

Ramai yang manghadapai ujian, tak kira kecil atau besar. Ujian yang mendewasakan diri tentang hakikat kehidupan. Sering kita sedih dengan ujian tanpa memahami apa sebenar makna tersirat disebalik ujian tersebut. Kita sering memandanng ujian itu sebagai suatu yang negetif. Yang merosakan kehidupan kita secara jangka masa pendek mahupun panjang.

Allah tidak memberi sesuatu ujian itu tanpa mengetahui yang hambanya itu boleh menempuhi ujian itu. Walaupun ujian itu berulang, namun cara dan hikmah disebalik kejadian adalah berlainan.



Tanpa kita sedari, ujian yang dihadapi itu sebenarnya mendekatkan diri kita dengan Allah. Kepada DIA kita datang, kepada DIA juga kita akan kembali. Berdoa dan mendekati diri kita pada Allah adalah jalan terbaik dalam menghadapi ujian. Terlalu banyak kita dengar dan baca dari perbagai sumber tentang ujian yang duhadapi oleh manusia.

Ujian dalam perbagai bentuk seperti fitnah, penyakit dan kewangan. Ujian ini menjadikan keluarga porak peranda, menjadikan kita putus asa dan hilang pedoman.



Stress, sebenarnya ujian pada kita. Namun stress itu sering dianggap perkara yang kecil. Namun implikasinya sebenarnya sama. Manusia jarang mengetahui bagaimana menghadapi stress. Di masa kini, stress umpama dimana sahaja. Dijalan raya, di pejabat dan di rumah. Oleh itu bersamalah kita menghadapi stress itu dengan baik. Carilah bahan bacaan yang baik dalam menghadapi stress dan cari cara mengurangkan stress. Saya berharap agar apa yang saya kongsi ini menjadi pedoman untuk semua.

03 Julai, 2008

Suatu Perkahwinan

Assalamualaikum,

Kali ini saya ingin membincangkan tentang perkahwianan. Sememanganya perkahwianan itu suatu yang indah. Suatu yang dituntut oleh agama Islam. Dasar perkahwinan itu pada cinta dua orang insan yang suci. Ada mengatakan perkahwinan yang bahagia apabila pasangan itu berilmu tentang perkahwianan.

Saya ingin kalian membaca artikel ini. Sememangnya tiada ruginya sekiranya kita hanya berkahwin satu sahaja. Namun tidak salah untuk kita berpoligami sekiranya mampu. Ada beberapa kes dimanapoligami itu bahagia, dan mandapat kebenaran mahkamah. Kalau diikutkan perbezaan poligami dan monogami, ada pro dan kontranya. Maka terpulang pada kebijaksanaan kita. Ilmu didada harus juga ditambah.

Jika berlaku adil pada isteri menjadi amanah yang utama. Isteri seorong pun, kita dah kelam kabut, mana mungkin untuk kita berpoligami. Dan pelbagai perbincangan secara terbuka di forum mahupun la laman blog.

Semoga kalian dapat memikirkan apa yg baik dalam perkahwinan.

28 Jun, 2008

Hari Pertama





Assalamualaikum,
Ini kali pertama nak cuba. Nampak kenkawan lain ramai yg dah ada blog mereka sendiri. Maka aku pun nak cuba. Tak salah kan mencuba.

Sebenarnya tak banyak ingin ku bicarakan. Oleh kerana ini pertama, dan kali pertama kita selalu berasa kekok.

Maka diharap doa diatas dapat memberi panduan buat semua. Keluarga, satu komuniti masyarakat yg rapat pada diri kita.

Kita semua dibesarkan dalam keluarga, kecil atau besar bukan ukuran. Yang pasti ibubapa kita, adik beradik adalah satu keluarga yg bahagia. Pahit maung berkeluarga, gelak ketawa dan kelaian tangisan menjadi lumrah.

Kita juga akan berkeluarga atau sedang bekerluarga. Membina keluarga itu satu amanah. Dan amanah perlu dipikul oleh seluruh ahli keluarga. Kita yg mencari suatu yg tidk pasti tentang kebahagian bekeluarga. Namun perkara itu sebenarnya di depan kita. Hargailah sebaiknya sebelum ia hilang.

Semoga amanah itu dipikul dgn baik. Ilmu dan keimanan pada Allah serta Rasul menjadi landasan. Kebijaksanaan tidak pada sesuatu situasi, ia pada keberkatan diri dan keluarga.