02 Januari, 2012

rahsia lelaki mengikut 4 unsur

(1) Pertama kelima kesembilan = Tanah
(2) Kedua keenam kesepuluh = Air
(3) Ketiga ketujuh kesebelas = Api
(4) Keempat kelapan keduabelas = Angin

Mari kite lihat ciri-ciri mereka pulak...

Tanah

Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)

Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

Air

Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)

Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.


Api

Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)

Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

Angin

Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)

Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

29 Oktober, 2010

Antara Tawar Hati, Wang dan Arahan Pengurus.

Salam,

Sudah beberapa hari telah ku fikirkan tentang permasalahan ini. Nak terima tawaran ini atau menolak secara baik. Telah ku tanyakan pada rakan dan teman sekarja, dan semuanya menyuruh ku ambil tawaran itu tanpa berfikir panjang.

Sememangnya masa perkhidmatan ku agak panjang, jika di izinkan Allah. berpuluh tahun lagi, namun sejarah dan luka yang lalu membuat aku serba salah.

Tugas yang ditawarkan untuk ku, bukan asing bagi ku. Malah aku pernah berada dalam situati itu, dan sekarang ini pun terlalu hampir dengan tugas itu. Cuma bait bait luka dan kenangan bagai sering terbayang takala pengurus ku menawarkan tugasan itu.

Bak kata pepatah, memotivasikan orang lain lebih mudah daripada motivasi diri. Pengalaman, sejarah dan perasaan menjadi berat timbangan dalam motivasi diri. Namun, cabaran dan ilmu itu pasti ada dengan tugasan yang dilaksanakan.

Wang, itu satu motivasi. Dengan wang juga ramai yang kecundang dan berjaya. Maka wang bukan segalanya, miskipun wang pencetus segalanya.



Berat atau ringan arahan pengurus itu bergantung pada keadaan, aku kurang pasti sebenarnya adakah ia arahan atau pelawaan. Mengikut kata ramai, pengurus ku ini lebih pada arahan apa saja yang keluar dari mulut dia. mahu tak mahu kena telan laa.

27 Oktober, 2010

Tanggungjawab Vs Dipertanggungjawabkan

Salam,

Apakah yang kita faham sebenarnya tentang tanggungjawab ? Tanggungjawab adalah sinonim dengan perkataan amanah, tanggungjawab adalah tugas yang dibebankan ke atas individu sesuai dengan kemampuan dan kebolehannya dalam melaksanakan tugas tersebut. Dalam istilah agama disebut sebagai taklif, iaitu dibebankan dengan tanggungjawab. Orang yang menerima bebanan dipanggil mukallaf. Tentu kita pernah dengar usia mukallaf ?Iaitu usia dimana seseorang itu dianggap boleh menerima bebanan, dan hal ini dikecualikan kepada mereka yang dibawah umur dan mereka ini tidak dibebani dengan tanggunjawab.

Kita dah kenal apa itu tanggungjawab, apakah sama tanggungjawab antara kita dengan individu yang lain ? Kalau dilihat pada takrifnya, tanggungjawab itu sebenarnya relatif ianya tidak sama antara individu dan individu yang lain. Contohnya tanggungjawab keselamatan, tidak mungkin kita akan meletakkan keseluruhan tanggungjawab keselamatan itu di atas kesemua bahu individu yang ada dalam sesebuah organisasi atau masyarakat, kerana sebenarnya bukan semua diantara kita mampu mengambil tanggungjawab terhadap keselamatan diri kita seumpamanya budak-budak, orang gila, wanita yang lemah, orang tua dan orang yang cacat.

Suami sebagai ketua keluarga bertanggungjawab penuh dari sudut material, rohani dan akhlak. Antara tanggungjawab utama suami ialah:

1. Menyara dan memberi nafkah terhadap ahli keluarga mereka. Khasnya memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak, terutama anak-anak yang belum mampu untuk bekerja. Sesiapa yang tidak menunaikan tanggungjawab tersebut merupakan dosa. Sebagaimana hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud.

“Cukuplah seseorang itu dikira berdosa, apabila ia membiarkan orang di bawah jagaannya (tiada nafkah).”

2. Tanggungjawab suami juga dapat dikaitkan secara langsung dengan kepimpinannya terhadap isteri dan anak-anak. Seorang suami tidak sepatutnya bertindak kasar atau zalim biarpun kadangkala anak dan isteri ada melakukan kesilapan. Sesuai dengan firman ALLAH:

“Dan jika kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka ALLAH akan berbuat demikian terhadap kamu), kerana sesungguhnya ALLAH amat pengampun lagi amat mengasihani.”

(Surah al-Taghabun ayat 14)

Maka bagaimana dengan wanita? Ia di bincangkan dibawah.

Secara lazimnya, urusan rumah tangga dan keluarga telah dipertanggungjawabkan kepada kaum wanita. Wanita melalui peranannya sebagai isteri dipertanggungjawabkan menjaga hal-hal rumahtangga seperti menguruskan makan minum, perbelanjaan rumah dan sebagainya. Selain daripada itu, sebagai seorang ibu mereka dipertanggungjawabkan untuk mendidik, menjaga, dan mengasuh anak-anak.

Tugas tugas ini sudah mulai menjadi beban kepada wanita sekiranya mereka juga perlu berkerja untuk mendapat pendapatan. Kerja-kerja urusan rumah diserahkan kepada pembantu rumah tetapi tanggungjawabnya masih diamanahkan kepada isteri. Ini akan mengakibatkan isteri semakin hari semakin hilang kemahiran mengurus rumahtangga. Ramai wanita yang bekerja dididik agar dapat mengurus kerjaya mereka dengan baik. Tetapi sebaliknya pendidikan dan keupayaan mengurus rumah tangga semakin hari semakin menjadi lemah. Apabila ini berlaku urusan rumah tangga sudah mulai terabai.

Keadaan ini sudah menjadi satu beban kepada wanita dalam memain peranannya sebagai isteri dan ibu.

25 Oktober, 2010

Salam Kembali

Assalamualaikum...

Sememangnya telah terlalu banyak berlaku sejak saya berhenti sebentar mengemaskini blog. Tugasan yag bertambah dan tanggung jawab yang bertambah. Memang benar, sejauh mana kita mengejar dunia ia akan nampak lebih jauh dihadapan. Namun dengan tekad dan kesabaran, harus diteruskan usaha itu dgn tenang.

Dugaan pergi dan datang dan ia menjadikan kita lebih matang. Namun mungkinkah kasih dan sayang itu akan terhakis umpama lesung terbiar di tengah laman? Ada pemikir mengatakan kasih dan sayang harus dibaja, belai dan kutip hasilnya... umpama berkebun. Maka sejauh mana kita setuju dengan pendapat itu?

Sebagai lontaran untuk pembaca, sejauh mana anda faham apa itu privacy suami? Dimana dan sejauh mana kalian meletakan KEPERCAYAAN itu? Apapun pandangan kalian, yang pasti ada asas dalam apayang kalian utarakan.

Apa itu EKSISTENSI SUAMI? Ada kalian terfikir tentang itu? Maka menjadi satu keharusan untuk kalian mencari dan memahami dua perkara menjadi lontaran untuk kalian fikirkan.
Walaupun saya tahu, ia agar berat untuk comeback saya kali ini.

02 Jun, 2010

Salam kembali - C.I.N.T.A.

Salam...

Sudah lama saya tak update blog ini. Dah naik berabuk dah. Apa nak buat. Idea tak datang. Saya banyak membaca blog orang lain berbanding menulis sendiri. Cuba mendiamkan diri untuk mencari sebutir ketenangan.

Baiklah, saya ingin menyentuh apa yang saya alami sekarang. Perasaan cinta. Saya kini bagai dalam dilema. Agak tersentuh setip kali lagu-lagu cinta berkumandang di udara. Sering membayangkan rasa cinta itu penuh keindahan dan kedamaian. Adakah cinta itu boleh datang berulang ulang, atau sekali kita jatuh cinta, itu penamat perasaan cinta dan terus berpegang teguh pada cinta yang ada?

Ya, benar cinta yang ada harus dibaja, disuburkan dan dijaga dengan elok. Namun adakah perasaan cinta yang baru datang itu, cinta palsu? Entah mengapa perasaan itu tidak pernah datang dahulu. Ketika saya remaja ataupun berstatus SINGLE. Mengapa ia datang ketika ini?

Bak kata orang, cinta itu buta. Namun sejauh mana cinta itu ditafsirkan. Cinta boleh datang sekali, namun cinta tidak boleh dihalang jika ia datang kembali. Benarkah?

Nikmat cinta hanya dapat dirasa dengan perasaan. Perasaan gembira, dihargai atau saling mempercayai. Bagaimana kalian menilai cinta?



Jatuh cinta dikaitkan dengan rasa kekosongan, rasa ingin sayangi dan perasaan berbunga. Namun sejauhmana kita tahu tentang tanggungjawab dalam percintaan. Adakah cinta itu abadi dan khusus pada suatu yang single atau satu. Atau cinta itu suatu yang universal dan boleh dikongsi.

Cinta sering dikaitkan dengan hubungan one by one atau dua hala sahaja. Namun tahukan cinta itu sebenarnya melibatkan hubungan sekeliling? Keluarga, rakan, masyarakat dan keadaan sekitar. Maka pada mereka yang mengatakan cinta itu singular, adakah mereka salah?

Manusia sering menganggap cinta itu, hanya hubungan arjuna dan srikandi. Satu arjuna untuk satu srikandi. Arjuna yang perkasa dan setia akan melimpahkan kasihnya pada satu srikandi. Adakan ini hubungan yang baik?

Maka pada pandangan saya, kita harus membuka minda, melebarkan sayap cinta kepada suatu yang lebih luas. Cinta pada keluarga, Cinta pada rakan, Cinta pada masyarakat dan Cinta pada keadaan sekitar

Namun jangan sesekali kita melebihkan Paling Cinta Agung hanya pada Allah dan Rasulullah adalah cinta agung antara manusia.

26 Januari, 2010

Halwa Telinga dan Makanan Jiwa

Assalamualaikum..

Sudah agak lama juga saya tidak mencoretkan apa apa disini. Hanya rencana dan artikel yang saya rasa harus dikongsi bersama. Bukan tiada kelapangan cuma idea tidak dapat disusun dengan benar. Oleh itu, maafkan saya wahai teman yang mengikuti blog saya.

Alhamdulilah saya diberi sedikit kesempatan dan idea untuk berkongsi sedikit dengan kalian.



Saya ingin berkongsi sebuah lagu yang bagi saya amat bermakna buat kita, sebagai ummat Rasullah SAW. Sesungguhnya keistimewaan baginda tidak dapat di sangkal.