17 November, 2008

Rawatan Dalam Kesakitan

Assalamualaikum...

Sebelum saya meneruskan coretan, izikan saya mengucapkan terima kasih diatas kesudian para pembaca menyinggah ke laman blog saya. Setiap kali kalian singgah, menambahkan lagi semangat saya untuk menulis.

Takala dunia kian maju, teknologi perubatan dan penyembuhan semakan maju. Pelbagai teknologi perubatan dimajukan dan diaplikasikan pada pesakit. Dengan pembangunan kemajuan perubatan, maka ia juga menambahkan kesan dan jenis penyakit.

Di media kita dihidangkan pelbagai cereka perubatan. Situasi tempatan dan antarabangsa. Itu belum termasuk rancangan berbentuk rencana teknologi perubatan. Pelbagai ilmu dan perkembangan terkini di sebarkan. Biarpun dalam peringkat ujikaji.

Dalam peningkatan teknologi itu, ada yang berpendapat teknik perubatan Alternatif lebih berkesan berbanding kemajuan yang di kecapi kini.

Dia depan mata kita, perbagai perubatan alternatif di sajikan. Jika saya sebut satu persatu, mungkin kalian akan kebosanan. Namun saya hanya akan menyentuh beberapa sahaja.

Kebelakangan ini, isu YOGA bagaikan satu pukulan buat pengamalnya. Namun harus juga kita lihat keberkesanannya pada manusia. Semoga perkara ini mendapat kata putus dengan segera.

Perubatan Rawatan Islam yang kini semakin popular mula mendapat perhatian ramai. Dalam dunia yang penuh kemodenan, unsur unsur asas penyakit sememangnya tidak dapat dielakan. Takala kita dikesan sebagai pesakit jantung, keberkaitan penyakit itu dengan makhluk halus tidak dapat di nafikan. Perkara ini sememangnya disahkan sebagai penyakit warisan sepertimana SAKA. Mungkin tak ramai yang setuju dengan pendapat ini, namun tidak dinafikan peratus yang menghidapat sakit jantung dalam keluarga amat tinggi.

Penyakit penyakit misteri, tidak boleh tidak ada kaitan dengan SIHIR atau Ganguan Makhluk Halus. Dari pengalaman saya, banyak faktor yang memepengaruhi penyebaran ganguan ini. Sama ada sengaja atau tidak, dihantar atau menghantar atau menjumpai atau di jumpai. Hubungkait persekitaran juga memainkan peranan.

Bagi sesetengah pihak, rawatan alternatif tidak masuk akal. Sayugia di ingatkan, asas perubatan itu sendiri berhubungkaian antara alam, unsur sekeliling dan pendedahan diri si pesakit itu pada sumber penyakit. Dari itu gunakan peluang dalam segala dunia perubatan ; tidak kira moden mahupun alternatif, agar mendapat peluang yang cerah dalam pemulihan dan kesihatan.

Tiada ulasan: