17 November, 2008

Kelahiran dan Kematian

Assalamualaikum,

Di pagi yg hening ini, dikala hujan diawal pagi. Kabus tebal menyinggah sepi di kawasan perumahan memaksa ku kesejukan takala dalam perjalanan ke tempat kerja. Hari yang bermula indah pasti menceriakan setiap makhluk Allah.

Semenjak beberapa bulan yang lalu, saya di khabarkan beberapa berita sedih kematian dan tidak kurang berita genbira kelahiran. Suatu pusingan hidup setiap insan bernama manusia. Bak kata pepatah " rumah kata pergi, kubur kata mari ". Dikala kebanyakan keluarga tenang menghadapi setiap kejadian, suatu pengajaran penting dalam kehidupan. Pengajaran tentang sejarah, masyarakat dan budaya setempat tentang budaya kelahiran dan kematian.

Dikala setiap insan dalam persiapan untuk program pada Ramadan yang lalu, telah pulang ke Rahmatullah AYAHANDA KU; Bakti Bin Abd Rahman pada minggu terakhir sebelum Ramadan. Pulangnya dia takala seminggu selepas Pak Ngah juga menyahut seruan Illahi. Bagi kami sekeluarga, ia amat berat menerima perkhabaran itu. Namun kami sedar, itu semua ketentuan yang Maha Kuasa. Kami sebagai hamba harus menerimanya dgn tabah.

Sepanjang Ramadan dan Syawal yang lalu, kurang kemeriahan yang dirasai dikala kesedihan itu amat tebal di hati kami. Kami menyambutnya ala kadar dan cuba menari carik carik kenangan bersama Ayahanda.

Beberapa hari yg lalu, saya menerima berita tentang mantan guru dan ketua warden asrama saya, telah pulang menemui Yang Maha Pencipta. Beliau yang menderita sakit jantung dan buah pinggang telah beberapa hari terlantar di Hospital Sg Buloh. Beliau adalah seorang yg tegas dalam keputusan namun penuh dengan kasih sayang.

Alfatihah......

Semoga mereka merekayang telah pergi di tempatkan bersama orang orang yang beriman.

Patah tumbuh, hilang berganti. Yang pergi tetap pergi, namun kelahiran itu menceriakan. Semalam saya menerima foto anak saudara yg baru lahir. Ehmm.. semoga dia bakal menjadi muslimah yang beriman dan beramal soleh pada agama dan keluarganya. Insyaallah.

Tiada ulasan: