18 November, 2008

Sepasang Couple Kembali


Assalamulaikum...

Ahad lalu saya dan isteri menghantar anak kami pulang ke kampung bersama pakciknya di Hentian Duta. Dia naik bas dengan penuh kegembiraan. Penuh semangat. Pagi tu bagai tidak sabar hendaknya dia untuk pulang ke kampung dengan pakciknya. Bangun awal pagi dengan mudah takala disebelah malam tidurnya agak lewat.



Saya yang agak letih malam minggu itu masuk tidur agak awal. Kami menghantar mereka jam 8.00 pagi dimana jam 9.00 masa bas dijadualkan berlepas.

Keadaan di Perhentian Duta agak padat. Mungkin semenjak dari sebelum hari raya Aidilfitri tempoh hari, semua bas untuk destinasi utara di pindahkan ke Hentian Duta dan bukan lagi di Puduraya. Mungkin satu refomasi baru? Mungkin saya kena siasat kembali tentang perkara ini.

Sesudah kami menghantar mereka, kami membuat keputusan untuk singgah ke MidValley untuk menonton wayang. Belum ada apa apa keputusan tentang cerita apa yang hendak di lihat. Takala sampai, ramai sudah mula beratur untuk membeli tiket panggung. Namun tiada cereka yang dapat mendatangkan minat di kala itu. Maka kami, membuat keputusan untuk hanya berjalan jalan keliling MidValley sahaja.

Dalam berjalan itu, kami bertemu dengan promosi jualan murah MetroJaya di ruangan pameran. Ehmm walaupun tak banyak pilihan namun sempat juga saya sambar beberapa singlet. Pada saya singat itu amat berpatutan dan sesuai dengan apa yang saya pakai sekarang.

Setelah puas disana, kami disana kami turun ke bawah untuk ke pasaraya besar untuk membeli beberapa barangan dapur. sedar tak sedar masa berlalu dengan pantas. Jam telah menunjukan jam 12.00 tengah hari. lalu kami beredar dari MidValley.

4 ulasan:

Unknown berkata...

wah..wah... dating sakan ek... mentang2 anak dah anto lik kampung.. tapi kan.. sesekali tinggal berdua seronok kan... cam zaman2 hangat bercinta dulu... hehehe....

zulsa @ Ahmad Faizul Bakti berkata...

Yess.. betul sesgt lah tu.. ehmmm apa pun keserokan berpanjangan... hehehehe.. terasa malam terlalu panjang.

Zimah berkata...

hahah..dlm maknanya tu a.zul..hehe..best je gi midvalley..
dah lama x lepak sana..

zulsa @ Ahmad Faizul Bakti berkata...

boleh laa tahan... lepas boring kat midvaley... kami gie tonton wayang kat cineleisure ara damansara.. tu yg gie tengok WAYANG tu.