01 Disember, 2008

Tanah Berdarah Di Bumi Cambodia 2

Assalamualaikum...

Gambar di bawah ini adalah gambaran penjara di zaman Khmer Rouge. Asalnya penjara ini adalah sebuah sekolah di tengah tengah bandar Phnom Penh. Ia telah di ubah suai menjadi sebuah penjara. Kebanyakan peawal penjara adalah anak anak muda berumur 13 tahun keatas. Mereka ini telag di didik oleh para pegawai Khmer Rouge untuk hanya mematuhi arahan. Jika melawan, nasib mereka tak ubah seperti pesalah salah di penjara ini.



Keliling penjara ini dipenuhi kawat besi yang sambunngkan ke talian elektrik. Suasana suram walaupun pada hari tersebut amat cerah. Bangunan penjara ini terdiri kepada 4 blok dan setiap blok adalah untuk peringkat pesalah. Kini bangunan penjara ini menjadi salah satu muzium kekejaman Khmer Rouge.



Di bilik kecil ini, ditempatkan pesalah. Sebuah bilik yang hanya beberapa meter, muat untuk pesalah tidur mencangkung!!! Di beberapa tempat masih terdapat kesan kesan darah kering menunjukan kawasan siksaan. Maafkan saya kerana tidak meletak gambar bilik seksaan dan alat siksaan kerana saya merasakan ia amat kejam.



Di penjara ini, pesalah hanya mandi sekali sehari. Pesalah tidak dibenarkan keluar, maka mereka hanya mandi melalui salur yang di letalan di dinding sel mereka. Dari tahun ke tahun penjara ini menempatkan beribu pesalah dan mereka akan di soal siasat sehingga mengaku bersalah. Mereka juga di paksa menamakan talibarut penderhaka walaupun mereka sendiri tidak tahu siapa. Pesalah di sini kebanyakan di siksa dengan teruk sebelum di hantar ke Killing Field untuk di bunuh beramai ramai.



Diharap video diatas dapat mengambarkan keadaan sebenar takala berada di sana. Sekiranya kalian berminat mengetahui dengan lebih lanjut boleh lah Google dengan menaipkan Cambodia Killing Field atau Cambodia Prison Camp

1 ulasan:

StingRay berkata...

Gila ngeri....menunggu masa untuk mati..pehh..