Assalamuakaikum...
Suatu masa yang lalu, saya sering ke sini. Salah satu tanah bertuah dan kaya dengan sumber rezeki berasaskan tanah. Suatu kenangan yang sering bermain takala mengenang keindahan alam ciptaan Allah, Yang Maha Pencipta.
Dalam kesempatan yang diberikan, saya mengunjungi tanah bertuah ini. Ketika ini cuti sekolah, maka anak anak nampak begitu gembira berkubang di bendang. Namun mereka dikejukan dengan jentera berat yang mula memotong padi.
Ya!!! Disana kini adalah musim menuai padi. Menuai dengan jentera. Dengan luas saujana memandang di selang seli dengan jentera berat menuai padi.
Perjalanan yang tidak jauh dari teratak saya menjadikan agak mudah sebenarnya saya ke sana. Jarak yang lebih kurang dari 50 km menjadikan suatu perjalanan yang indah. Mungkin kalian mengagakan perjalanan yang lebih jauh, namun sebenarnya tidak.
Saya mengunakan laluan dari simpang tiga ijok ke Bistari Jaya ( Batang Berjuntai) menuju laluan ke UniSel ( Universiti Selangor). Takala sampai ke simpang tiga menandakan UniSel di sebelah kanan, saya mengambil lorong ke kiri dan terus hingga ke pinggir Sawah Sempadan, Tanjung Karang. Dari sana, saya menuju kepekan Tanjung Karang yang mula menunjukan sedikit perubahan dari segi suasana. Suatu ketika dahulu, ada sebuah stesen minyak di pekan, namun telah berubah wajah menjadi sebuah restoran.
Saya meneruskan perjalanan menuju ke tempat tujuan yang hanya beberapa kilometer di hapan melepasi pekan Tanjung Karang. Suatu perjalanan yang mengibau bagaimana pertama kali saya menjejaki tanah bertuah ini. Kini ia sebagai salah satu lipatan kenangan yang indah.
Di tanah bertuah ini, saya pelajari budaya orang berkampung. Sosio-ekonomi masyarakat kampung dan menjebakan diri dalam suasana berkampung. Sepanjang hidup saya sebelum itu hanya bergelumang dengan budaya bandar Metropolitan. Hutan batu yang penuh dengan suka duka dan rencah pengalaman, takala mencari sedenyut nadi kehidupan.
Biarlah kenangan ini saya abadikan, kerana saya puas dengan perjalanan ini. Terasa terubatnya rindu yang lama saya pendam. Takala melihat suatu panorama yang indah, luas saujana mata memandang. Liang lintuk bagaikan melambaikan saya dengan doa kesejahterandan ucapan selamat takala memulakan perjalanan pulang.
02 Disember, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam...
terasa tenang berada di sana
sejak arwah pak long meninggal nov last year ( few days before Aris dilahirkan), belum sempat lagi menjengah tanah yg permai itu.
al fatihah buat arwah...
Catat Ulasan