03 November, 2008

Sepanjang Masa Berlalu

Assalamualaikum....

Dalam kesekejapan, masa berlalu dengan pantas. Kini kita di bulan Zulkaedah. Selamat tinggal Syawal dan Ramadan. insyaalah kita akan bertemu lagi di tahun hadapan. Semoga di bulan mendatang mendekatkan diriku pada Yang Maha Pencipta. Amin

Sejak kebelangan ini, banyak isu bermain di dada akhbar. Dari perkembangan politik, isu semasa ke pekembangan siasah keluarga. Maafkan saya sekiraya di kesempatan ini tidak dapat mengupas setiap isu, sekadar sebahagian yg sempat saya kongsikan pendapat.

Angin politik Malaysia semenjak PRU yg lalu, bagi saya amat menarik dikala demokrasi itu menjadi asas negara. Peluang kedua dua pihak dalam menentukan perencanaan negara. Keputusan tidak dapat dilaksanakan satu pihak secara total. Saya mengharapkan suasana ini terus berlaku dalam keadaan aman. Dan saya memandang suasana politik ini lebih menarik dari 50 tahun yg lalu.

Dari sudut isu semasa, terlalu banyak yang melanda negara masa kini. Dari kes mahkamah, kejadian jenayah dan pentadbiran tertinggi institusi agama Islam. Kalian mungkin tahu apa yang saya maksudkan. Apa yang ingin saya kupas adalah mengenai institusi agama Islam iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM. Kita dipaparkan di media massa mengenai fatwa yg mengatakan Perlakuan Pengkid Adalah Haram Di Sisi Islam. Dari segi pendapat saya, perkara ini secara kasar telah berlawanan dengan naluri kemanusiaan. Suatu perasaan yg songsang dan merobohkan ummah. Terlalu banyak contoh dan paparan yang dapat dilihat serta dibaca di media massa elektronik dan cetak. Maka bertepatan dengan fatwa itu.

Menyentuh tentang fatwa, ada ura ura Yoga akan difatwakan HARAM. Perbagai reaksi dapat dilihat dan dibaca. Menentang secara total dengan penuh emosi, mengupas sumber berkaitan Yoga dan Islam dan menyokong tindakan yang bakal dilaksanakan. Pada pandangan mata kasar saya, isu ini harus dilihat dari pelbagai arah. Pihak aktivis Yoga tidak harus memandang sempit perkara ini. Pihak agama Islam juga harus bersemuka atau memberi peluang pihak aktivis menyampaikan pandangan mereka.

Daripada apa yang sempat saya baca, Yoga umpama tidak boleh tidak dikaitan dengan agama Hindu. Maksud saya dari segi sejarah, pemahaman masyarakat masa kini dan sumber ilmiah. Ada yang mengatakan Yoga ini muncul sebelum ditemui oleh penganut agama Hindu, namun mereka tidak tahu apa konsep penyebaran agama Hindu itu. Secara ringkas boleh saya katakan, konsep penyebaran agama Hindu itu umpama ombak di lautan luas. Sekiranya "pantai" tiada pemecah ombak, maka dikala itu "pantai" akan berubah. Namun dikala "pantai" itu dimuara, mahupun di delta dan benting pasir, perubahan itu akan tidak ketara atau tiada perubahan langsung. Ombak ini ada masanya tenang dan adamasanya ganas, bergantung pada tiupan angin. Diharap kalain faham maksud saya.

Maafkan saya sekiranya andaian saya ini tersilap, namun ianya ilham yang diberikan oleh Allah buat masa kini. Sekiranya kalian tidak sependapat dengan saya, diharap dapat menegur diatas kesilapan tersebut. Sesunggahnya manusia tidak boleh lari dari kesilapan, cuma Allah Maha Sempurna.

2 ulasan:

naz ilyn berkata...

Salam..

terkini..hangat tentang sajak kematian yang dipertontonkan kepada pelajar sekolah seawal 7&8 tahun..

p/s: boleh beri komen..? akan sy tulis sajak tersebut pd n3 sy..tungguuu

azlin hashim berkata...

Salam singgah, sy setuju dgn apa yang di perkatakan. Cerita pasal Pengkid, fitrah manusia menghalalkan yg haram. Tidak wujud soal dunia dah akhir zaman. Tak perlu juga untuk menuding jari kepada sesiapa. Tepuk dada tanyalah Iman sejauh mana penerimaan kita.

Wallahuhalam..