11 Ogos, 2008

memupuk semangat sepakat masyarakat

Assalamualaikum,

Telah agak lama saya tak mencoret apa apa dalam blog ini. Ini kerana kurang kesempatan dalam melayari dunia maya buat seketika. Alahamdulilah kesempatan itu menyinggah walaupun seketika.

Saya melihat kebanyakan masyarakat taman sudah mula berjinak jinak dalam membina masyarakat yang bahagia. Banyak aktiviti masyarakat di war warkan dan penglibatan amat mengalakan.

Sebagai ahli masyarakat taman, tidak boleh tidak terpanggil dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan. Namun sejauh mana kita memupuk semangat itu? Dimana titik temu menjana semangat itu? Apa yang disemai perlu dibajai dan dijaga dengan teratur agar hasilnya juga memuaskan.

Jika kita membaca karangan SPM , kita melihat impaknya pada masayakat umum. Jika ia menjadi soalan SPM maka ia memberi implikasi pada masyarakat umum. Antara sedar atau tidak, masih ramai yang kurang mempedulikan pentingnya hidup bermasyarakat. Kesan secara jangka panjang dan pendek.

Tidak salah rasanya saya mengajak kalian untuk membaca Blog Ini. Sekadar mengetahui maksud sebenar apa yang cuba saya kongsikan. Suatu yang kadang kali kita terleka maksud sebenar semangat itu . Semangat yang suatu ketika dulu hanya wujud di kampung kampung.

Penglibatan kaum muda belia tentang kemasyarakatan kurang mendapat sambutan. Mengapa? Mungkin kalian ada jawapannya sendiri. Dengan itu harus untuk kita gerak bersama mereka agar semangat kemasyarakatan itu di turunkan dari generasi mendatang.

Bertapaknya laman laman web komuniti dilihat sebagai wacana terkini dalam menyebarkan maklumat masyarakat. Segala aktiviti masyarakat dan isu sekeliling dapat dikongsi bersama. Dunia yang semakin rancak dengan kemodenan harus juga di terap semangat moden. Mungkin caranya nampak moden tanpa melangar batas nilai masyarakat. Gerak kerja bersepadu tak kira bangsa dan agama di lihat perlu.

Tiada ulasan: