31 Julai, 2008

Hudud & Qisas - Penerangan Pada Non Muslim

Assalamualaikum,

Pagi tadi saya terbaca di rungan dada akhbar SUN, mengatakan cadangan Tuan Guru Nik Aziz hukum Hudud dan Qisas diguna pakai sekiranaya PAS dan UMNO bergabung dan membina parti baru.

Ramai dikalangan Non Muslim menentang perlaksanaan Hudud dan Qisas ini. Mungkin kurang penerangan atau apa yang di hebahkan seblum ini amat buruk. Saya mencadangkan kita sendiri memahami apa sebenarnya Hudud dan Qisas itu sebenarnya. Kalau di ikutkan disini, ada penerangan secara am dan boleh diterangkan pada Non Muslim.

Kita sebagai muslim juga sering keliru dan menyalahkan pihak yang memperjuangkan Hudud dan Qisas ini. Walhal perkara ini wajib bagi Muslim mendukungnya. Ada beberapa ayat Al-Quran menerangkan hukum jika kita tidak melaksanakan hukum Allah ini.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


Surah Al-Maaidah Ayat 44 & 45

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Surah Al-Maaidah Ayat 49.

Maka ruangkan sedikit masa mempelajari dan menerangkan pada Non Muslim. Semoga usaha kita dapat memperjelaskan apa yang kusut selama ini.

Tiada ulasan: