
Assalamualaikum...
Semalam, aku sekeluarga ke panggung di Bukit Raja menonton filem SEPI. Kami sekeluarga keluar rumah dalam pukul 10.00 pagi. Bersarapan di warong dan terus menuju ke Bukit Raja.
Kami bercadang untuk melihat filem tersebut tengah hari. Alhamdulilah, hajat kami kesampaian. Sampai ke Bukit Raja jam 11.00 pagi dan terus membeli tiket. Kami melihat filem tersebut jam 12.30. Keadaan panggung yang agak lenggang, mungkin awal lagi.
Sementara menantikan masa tayangan, kami meronda ronda sekitar Bukit Raja. Ieri dan anak merayau dari kedai ke kedai. Aku hanya memerhati mereka dengan senyuman. Mereka sempat juga membelikan hadiah untuk teman, membeli buku untuk anakku dan beberapa barangan keperluan.
Kami masuk panggung lebih kurang pukul 12.20 tengah hari. Oleh kerana kami mendapat tempat duduk belakang sekali, tiada masalah mencari tempat duduk. Kami menonton kisah ini pada mulanya penuh dgn persoalan. Namun satu demi satu jawapan terungkil.
Seni, jiwa dan masej yg disampaikan di dalam filem tidak terlalu berat. Ia bebaloi dgn usaha yg dicagarkan. Keindahan lokasi yang dipilih, susun atur plot dan cerita yg lebih ringan berbanding filem CINTA.
Kami keluar panggung jam 2.30 petang penuh dengan kepuasan menonton. Kepuasan menonton filem Melayu. Jarang kami dapat merasakan kepuasan sebegini. kami berharap lebih banyak filem sebegini dicipta, walaupun hanya setahun sekali. Tidak segan sekiranya ada teman bertanya, filem apa menarik untuk bulan ini. Aku akan mengsyorkan filem SEPI ini. Secara peribadi, aku jarang mengsyorkan filem untuk di tonton.
1 ulasan:
nak tgk le kalo gitu..
Catat Ulasan