Assalamualaikum,
Di pagi yang hening ini saya ingin memulakan membaca sebuah buku, yang bertajuk DI BAWAH NAUNGAN CINTA. Ia sebuah novel pembina jiwa. Buku ini dibeli semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur , beberapa bulan yg lalu. Ia dibeli dengan beberapa buku yang mencuit hati ku.
Ramai yg faham erti cinta, namun sering mengadaptasi pada hubungan seorang lelaki dan wanita. Sebenar cinta itu satu yang universal. Suatu yg amat luas. Suatu matlamat yang tinggi nilainya; konsep dan falsafah.
Aku tertarik membincangkan tentang cinta, kerana sebuah buku yang aku baca beberapa minggu yang lalu. AYAT AYAT CINTA; karya Habiburahman El Shirazy. Sebuah novel yang telah diadaptasi pada sebuah filem cinta. Sebuah novel yang membincangkan konsep cinta Muslim. Cinta yg luas dalam kacamata muslim.
Ramai yg membincangkan tentang Novel Ayat Ayat Cinta ini. Tak kira, novel mahupun filem. Bukan bidang ku untuk membincangkannya secara lanjut. Namun sememangnya saya mencadangkan kalian membacanya. Sebenarnya ada pelbagai versi, versi asal dalam Bahasa Indonesia.
Insyaallah, saya akan beri komen sedikit sebanyak mengenai buku yg saya sedang baca ini. Doakan lah agar saya berjaya menghabiskannya. Dalam bacaan nie banyak masa dan pemahaman yang perlukan. Namun ia bagaiakn suatu semangan dalam meneruskan minat membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan