17 Ogos, 2009

Puisi - Seandainya 2

Seandainya kasih mekar mengikut mentari pagi
Pasti embun menyejuk meresap ke tangkai
Membasahi segenap permukaan yang mula bangkit
Dari tidur yang melayukan tidur yang meletihkan
Merembis bau bauan kesegaran alam
Mengindahkan warna permukaan taman

Seandainya cinta tanpa batasan
Pasti ramai yang kerasukan
Di permainkan cinta dan juga perasaan
Menghantui tidur tenang di tengah malam
Mengikat hati yang tidak tenteram
Dibelenggu antara rasa keresahan dan kelegaan

Seandainya persahabatan itu indah
Pasti kasih sayang berterbangan bebas
Dipahat ke hati setiap insan
Memulakan satu langkah kanan
Mengisahkan seribu satu pengalaman
Berkongsi gelak ketawa dan juga tangisan

Tiada ulasan: