15 Jun, 2009

Kenkawan St John Institition, Kuala Lumpur



Assalamualaikum...

Alhamdulilah, dapat juga saya berkesempatan mencoret sedikit coretan di Blog ini. Agak lama juga tidak berblogging nie... rasa macam dah kaku jee jari nak menaip. Sejak kebelakangan nie saya banyak membaca blog orang lain. Di kesempat itu juga dapat mengenali beberapa perkara baru.

Suatu yang amat mengembirakan saya takala bertemu semula rakan rakan semasa di St John Instituton, Kuala Lumpur. Rakan rakan yg sama sama mengharungi usia mula remaja. Rakan rakan yg penuh berpengaruh di bandaraya kosmopolitan.

Di usia itu, saya mengangotai sebuah pancaragam yang amat berpengaruh di Kuala Lumpur, malah tidak salah saya katakan di Malaysia, amnya.

SJI Cadet Band

Itulah diantara kenangan yang terindah dalam dunia sekolah. Memasuki pelbagai funtion. Acara perarakan merdeka adalah suatu yg wajib takala setiap kali perarakan diadakan di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: