05 Januari, 2009

Pulang Ke Kampung

Assalamualaikum...

Pada Rabu yang lalu 17/12/08, saya sekeluarga pulang ke Penang kerana ibu mertua saya dimasukan ke hospital. Dia telah dimasukan ke hospital kerana terlalu letih, kurang makan dan tidak tidur hampir 2-3 hari. Di sana beliau di rawat sebagai pesakit lemah jantung.

Doktor yang merawat beliau mengatakan bahawa jantung beliau, tidak stabil mengakibatkan paru paru berair dan hati bengkak. Namun setelh dirawat beberapa hari, beliau dibenarkan pulang pada hari Jumaat.

Di kesempatan itu juga, saya dan keluarga pergi menonton filem Cicakman 2. Kami sekeluarga ke Sunway Carnival di Seberang Jaya. Sunway Carnival adalah emporium terkini di Seberang Jaya. Keluasan yang amat besar berbanding dengan BM Plaza.



Filem Cicakman 2, bagi saya menunjukan kematangan berbanding dengan filem Cicakman yang dahulu. Lebih realitik dan kurang lakonan jiwang yang merimaskan. Semoga lebih banyak filem seperti ini dapat diterbitkan.

Semasa di sana sempat juga kami merakam ahli terkini dalam keluarga belah isteri saya. Gambarnya ada di bawah. Semoga dia dapat menjadi anak yang berguna untuk keluarga, agama dan negara.

From SEGALA DI SEKELILING KU


From SEGALA DI SEKELILING KU

1 ulasan:

[MH] berkata...

salam ziarah