15 Januari, 2009

Anakanda - wajahmu penyejuk hati

Assalmualaikum....



Entah kenapa kemarin, walid melihat semula gambar gambar lama anakanda. Terasa sejuk hati walid takala melihatnya. Kecomelan anakanda dan cepatnya anakanda membesar membuatkan walid rasa sedih dalam gembira.



Duhai anakanda, dikala kau memahami apa yang walid tulis ini; pasti kau sudahpun meningkat dewasa. Namun walid percaya kau pasti bahagia dengan kehidupanmu. Dikala Ummi mengandungkan anakanda, penuh dengan mimpi mimpi indah. Cita cita dan perancangan kami di hari depanmu.



Seingat walid, Ummi akan selalu membaca Al_quran takala selesai solat fardu. Memohon petunjuk Allah dan sabar dalam dugaan seharian.



Ketahui anakanda, kelahiran mu adalah rahmat dari yang Maha Esa. Suatu amanah untuk walid dan Ummi mencorak dan mewarnakan mu. Suatu tanggung jawab yang berat, dikala merangkak membina rumahtangga.



Dikau dilimpahi dengan kasih sayang tidak berbelah bagi dari seluruh isi keluarga. Dari datuk datuk yang ramai bersyukur dengan senyum tawamu. Serta nenek nenek yang tidak puas melayan coleteh gerak gaya mu.



Dikau juga penghubung kasih sayang antara banyak insan di sekeliling Walid. Kasih sayang kepada mu menjadi penawar kepada gelodak suatu hubungan.



Namun sekiranya anakanda terasa hati atau marah pada Walid dan Ummi, kami memohan maaf. Kami hanya manusia, penuh dengan kesilapan. Kami hanya memohon petunjuk pada Allah SWT, Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Memimpin kami dalam mencorakan dirimu.



Anakanda, Walid dan Ummi akan terus berdoa agar anakanda menjadi seorang Khalifah Allah yang berguna untuk Agama Islam dan keluarga. Membina satu generasi Muslim sejati dan menegakan segala hukum Allah SWT. Insyaallah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st photo, so cute dia tidur tertonggeng tu.......ada orang kasi petua kalau ada niat kahwin dua, tengok muka anak2 masa tidur....sampai hati ke tidak?