15 Disember, 2008

Facebook - Suatu Pertemuan

Assalamualaikum....

Dalam sedar tak sedar, saya membuka satu akaun di Facebook. Memula ingat cuma nak cuba try test apa yg istimewanya Facebook nie. So dgn tenangnya saya memasukan semua nama kenalan saya yang saya masih ingat.

Suatu yang menarik di sini ramai Malaysian mengunakan nama sebenar mereka. So ditakdirkan saya bertemu 2 rakan yang telah lama putus hubungan.

salah seorang adalah Kak Lin

Kak Lin saya jumpa melalui internet. Zaman chatting IRC dan kehangatan gelora internet pada tahun tahun akhir tahun 1990an dan awal abad yabg baru. Saya masih ingat lagi takala ingin berbicara ngan kak lin melalui telipon, terpaksa menunggu masa yg sesuai. Call h/p selalu line tak masuk kerana tiada rangkaian. Zon h/p yg hanya pada bandar - bandar utama sahaja masa tu. Masa kak lin berada di Kuala Krai, amat kurang kesempatan untul call dia.

Takala dia menjemput saya ke Majlis Penikahannya, saya amat berbesar hati pergi. Masa tu masih bujang, dan telah beberapa tahun bekerja. So dah ada duit poket sendiri. Ehmm sememang pun sebelum tu saya boleh dikatakan kerap ke Kota Bharu. Hampir selang beberapa bulan. So untuk mencari rumah pengantin masa tu tak susah mana. Namun iya semangnya satu pengalaman yang amat menarik sekali.

Bagi saya jika saya selesa berkawan dengan sesiapa, saya juga ingin berkenalan dengan keluarganya. Sebagai tanda suatu persahabatan yang baik.

Seorang lagi sahabat saya adalah Azuree Hydani Misri

Dia banyak mengajar ku tentang internet dan Linux. Dia sememangnya seorang yang banyak membantu saya semasa duduk bujang di rumah sewa. Otak dia yg gila gila menjadikan peribadi dia yg amat payah utk di tafsir masa tu. Amat bermurah hati dan mudah tersentuk dengan kesusahan orang lain.

Setelah saya keluar dari rumah sewa tu, hubungan kami putus begutu sahaja. Sehingga saya bertemu dia di Facebook. Semoga dia dan keluarga yang dia bina berada dalam keadaan bahagia sentiasa.

1 ulasan:

Azuree berkata...

------------------
"Errr... " Betul ke aku cam tuh? Haha... Thanks for genuine feedback.