29 November, 2008

Tanah Berdarah Di Bumi Cambodia

Assalamualaikum...

Dalam kesempatan yg lalu saya telah mengikuti satu lawatan ke Cambodia. Suatu kawasan yg amat asing bagi saya, dari segi budaya dan sosio- ekonomi tempatan.

Namun apa yang sempat saya coretkan disini adalah salah satu tempat di Phnom Phenh. Ia adalah Killing Field yg terletak lebih kurang 15 km dari pusat bandar.

Takala sampai, kami semua dinasihatkan agar menjaga adab takala berbicara di kawasan itu. Suasana suram menyelubungi diri takala memasuki kawasan itu. Rasa sedih dan hiba. Maka terlintas di hati, bagaimana Palestin itu sebenarnya. Ini dilihatkan oleh Khmer Rouge semasa mereka memerintah negara Cambodia kepada kita




Disini di letakan tinggalan tulang belulang yang hampir hancur dan gigi berserekan dia padang ini.



Saya rasa gambar ini boleh menjelaskan apa yang berlaku semasa pembunuhan itu berlaku.



salah satu lubang "kematian" yang terdapat di sana



Diantara "koleksi" tengkorang yang di simpan di sebuah "rumah" di sana. Tulang belulang yang lain telah "dibakar" mengikut adat istiadat agama Budda. Lebih dari 1000 tengkorak berada di sini, yang di letakan secara bertingkat.



Sememangnya ia suatu pengalana yg berlainan. Bersyukur betapa amannya negara kita dulu , kini dan di harapkan selamanya. Namun Manusia hanya merancang, tuhan penentu segalanya.
Betapa daifnya masyarat disana dan bertapa jauhnya jurang penbangunan diantara Malaysia dan Cambodia



Dalam mencari di YouTube saya terjumpa video ini. Diharap dapat menceritakan sedikit sebanyak apa yang terjadi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro, duduk sg buluh ke, dekatla kita, saya kat prima dsara

zulsa @ Ahmad Faizul Bakti berkata...

Yess.. saya bertugas di subang dan tinggal di Saujanau Utama Sg. Buloh