28 September, 2008

Sebelum Pulang Ke Kampung

Assalamualaikum...

Salam di hujung minggu. Esok insyaalah saya akan memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung. Destinasi pertama adalah Ipoh, Perak. Ehmm semoga perjalanan ini tiada halangan. Kalau kekadar kesesakan jalan raya, itu perkara rutin takala pulang ke kampung semasa musim perayaan.

Pada hari raya ke dua akan berada di Juru, Penang. Ehmmm diasana agak lama kerana ramai kenalan isteri ku ingin bertemu. Ehmm kalau di Ipoh tu saya kurang kenalan malumlah dibesarkan di kota Kosmopolitan Kuala Lumpur.

Bayangkan budaya balik kampung nie tak kira perayaan kaum. Hari raya, Tahun baru, Deepavali mahupun Nari Natal, pasti sesak di lebuhraya.

Tahun nie cuti tak lama kerana nak reserve untuk ke Kambodia hujung tahun nanti. Ehmm lama sungguh saat ini dinantikan. Semoga segala perancangan menjadi kenyataan.

Salam manis Syawal dan Salam tangisan buat Ramadan. Sesungguhnya akhir Ramadan adalah peristiwa penuh pengapunan dan diharap dapat bertemu di tahun hadapan. Insyaalah

1 ulasan:

Unknown berkata...

Semoga perjalanan awak sekeluarga selamat.. selamat pergi juga selamat kembali....

di kesempatan ini juga orang nak ucapkan selamat hari raya pada awak, maaf zahir n batin andai ada terkasar bahasa mahupun perbuatan sengaja atau tidak sengaja.... semoga persahabatan yang terjalin ini kekal selamanya.....