Assalamualaikum.
Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, kita semua tidak dapat lari dari HUTANG. Sedar tak sedar, banyak wang kita dihabiskan dengan hutang. Hutang itu melingkari keliling pingang. Menjadikan satu tekanan hidup. Setiap bulan perlu merancang perbelanjaan. kepincangan dalam pengurusan menjadikan kita kurang selesa.
Saya terbaca di sini. Sati artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin ( Pakar Perbankan Islam). Satu pesanan yang amat berguna. Sikap kita yang kadang kala sambil lewa mengakibatkan kita sering terperangkap.
Banyak bahaya ketika berhutang. segalanya diterangkan disini. Namun apakan daya, hidup kini memerlukan kita berhutang. Bank Negara telah mewujudkan satu agensi dibawah nama Agensi Kaunseling dan Pergurusan Kredit ( AKPK). Ramai yang tidak sedar perkara ini.
Kita lebih berminat bertanya kawan kita yang belum tentu boleh membantu. Agensi ini banyak membantu, bukan selesaikan hutang tetapi penyusunan semula hutang. Apa tindakan kita sepatutnya. Malah di laman web AKPK ada soalan soalan yang boleh menguji kemampuan kredit kita.
Malah yang mengatakan agensi ini banyak membantu mereka. Itu apa yang saya baca. tidak lupa pada maklumat perbankan. Di sini ada beberapa apalikasi mengenai perbelanjaan kita. Saya merasakan ia amat berguna. Tanpa mengira di tahap mana kewangan kita. Malah tip dan nasihat mereka amat berguna.
12 Julai, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan